Showing posts with label kejam. Show all posts
Showing posts with label kejam. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

Edisi 'EMO'


DAH TIGA KALI
 AKU KENA KOL HOTLINE SWINE FLU 

03-88810200
03-88810300


LAMA KELAMAAN BOLEH DAPAT FLU NEH


Tuesday, April 21, 2009

ZALIM!!!!


memang kejam, anak kecil disepak dipijak..
kalo tak silap, video ni dari sg.( Bukan dari singapore )now maid ni dah dijatuhkan hukuman,
so berwaspadalah kepada sesiapa yang mempunyai 'bibik'

INFO PASAL VIDEO NI
Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar


KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.

Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya.
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.


Tuesday, April 14, 2009

Bibir Merah



Related

Manis mulut....
tanam tebu tepi bibir...
usah kau percaya kata-kata itu wahai adik-adikku

Sunday, April 12, 2009

Rusuhan Penonton-Pelajar Buta Mata Sebelah


Kasih ibu... Mohammad Huzaifah Mohd Noor baru berusia 18 tahun dan masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu. Remaja dari Kedai Lalat, Kota Bharu ini sering membantu sepupunya, Abdul Rahman Hussein, berniaga minuman di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV setiap kali perlawanan bola sepak bagi mencari duit poket untuk dibuat belanja harian. Malam Selasa lalu adalah detik hitam dalam hidupnya. Masa depannya kini gelap… segelap pandangannya sebelah matanya yang disahkan buta kerana dipercayai terkena serpihan kelonsong dari gas pemedih mata yang dilepaskan polis bagi menyuraikan rusuhan penonton di luar stadium itu. Ketika itu, dia sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat perusuh membakar motosikal dan kenderaan polis selepas perlawanan antara Kelantan dengan Negeri Sembilan. Semasa bersiap untuk pulang, tiba-tiba satu objek dipercayai serpihan kelonsong itu melayang laju dan menembusi mata kanannya. Pandangannya menjadi gelap… dia kemudian rebah dan berada dalam keadaan separuh sedar sebelum dipapah ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Namun segalanya sudah terlambat… pembedahan yang dijalankan selama 6 jam masih tidak mampu menyelamatkan sebelah deria penglihatannya itu. Ibunya, Kamariah Hussin, 60, hanya mampu menangis… menangis kerana mengenangkan nasib dan masa depan anak tersayang… http://mywanfai.wordpress.com/2009/04/0 ... elah-mata/

Thursday, March 5, 2009

Tahanan Dalam Negara


Tak sangka ini boleh berlaku..
*
*
nampaknyer kempunan ler nak  
jenjalan keluar negara selepas neh!!!
*
*
*
akukah yang salah..atau sistem yang salah ??

Tiket Flight ke Bangkok nak wat cemner ni weiiiiiiii.............hwaa..sob..sob

Saturday, February 21, 2009

Cekik Darah

memang tak patut..nak mencekik pun ilang selera...sian kat brother ni sorang, nasik berlaukkan ikan goreng, sedikit ulam, kuah dan telur masin..RM9.90!!!!..., 

lokasi  :  sebuah kedai di Food court, The Mall, 
Tarikh kejadian  :  21 Februari 2009
Masa :  1:20pm

Bahan bukti kes..dan kini konfirm tiada lagi...

Thursday, January 15, 2009

Seandainya aku yang bersalah....

Maafkanlah diri ku ini wahai Cik 'T', aku hanya menjalankan tugas, janganlah kerana laporan aku terhadap JPPHB, ko bersikap kejam terhadap aku, dah ler Miss Phuket aku ko kerjakan dengan sadis dan kejam, sekarang charger phone aku plak..huhu...ampun.. aku tidak bersalah, janganlah ko berdendam ngan aku plak..huhu


Miss Phuket tinggal kenangan