Tetiba terasa rajin pula hari ni, :P
Maka terhasil lah hidangan yang tak seberapa, menu untuk lunch hari ini, sambal bilis dengan petai, sambal paru, ikan rebus goreng, dan sayur campur.
Murah pula rezeki sepanjang cuti sekolah ni, staff yang pergi bercuti xbalik dengan tangan kosong…mesti ada buah tangan untuk kawan2 yang menjaga office.
Hari ni ada sorang staff lagi baru balik dari bercuti di Utara tanah Air…bermacam jenis kuih tradisional yang dibawa ke office ... ada yang dikenali dan tak dikenali...
Cara-cara menyediakan solok lada
Bahan-bahan:
10 biji lada solok (buang biji dan bersihkan)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 hiris halia (ditumbuk)
10 biji lada hitam (ditumbuk)
5 ekor ikan tamban atau sardin yang telah dipanggang atau direbus (dibuang tulang dan tumbuk)
½ biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
½ cawan santan pekat
½ cawan santan cair
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit Ajinomoto (pilihan)
Cara-cara:
Semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi hendaklah digaul dan ditumbuk semuanya. Setelah sebati gaulkan dengan kelapa parut. Kemudian masukkan sedikit garam, gula, ajinomoto dan setengah cawan santan pekat. Gaul rata-rata dan sumbat ke dalam lada.
Kemudian masukkan lada tadi ke dalam periuk. Masukkan setengah cawan santan cair lalu dimasakkan di atas api lebih kurang 10 hingga 15 minit.
SOLOK LADA
Last week balik Bachok, sambut Deepavali…hehehehe..surprise untuk family setelah sekian lama tak balik, sampai jer kat umah, dah ada selonggok Ubi Kayu fresh dari ladang,,,,maklumlah, dah nak masuk musim tengkujuh, kalau tak di ‘cabut’ akan ditenggelami air.
Ayoh terus cakap…hari ni sila masak ‘TEPUNG MANIS UBI KAYU’ (of course not me yang masak)…..makanan orang lama2, google resepi kat Internet memang xdek…huhuhu…kuih tradisional Kelantan. Rasanya tak ramai yang tahu membuatnya.. melainkan orang -orang lama
resepinya???
tunggu balik kampung sekali lagi :D
pic dan resepi dari kak Hanieliza