Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Jamuan Raya Department.....


Semalam 29 Oct. 2011 jamuan raya department, seperti biasa I kena jadi Host lagi...order mestilah ikut selera tekak sendiri, tapi satu pun tak berkesempatan nak makan, cuma teguk air jer bergelas-gelas. Penat xsah citer... tapi xper, puas hati!

Kad jemputan paling kreatif yang pernah dihasilkan...puji diri sendiri...anyway TQ Din, kerana membantu untuk design...

Gambar jamuan will update later .......... :D

Wednesday, September 28, 2011

Hampir 3 Purnama

alahai...............

hampir 3 bulan tak membersihkan halaman ini, jenguk-jenguk, tapi tak meninggalkan jejak, otak tepu, sudah lah kurang membaca, inikan pula menulis.

Benarlah kata Promoedya Ananta Toer

"orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang dari masyarakat dan sejarah"

akan cuba sedaya upaya.. InsyaAllah

Wednesday, June 29, 2011

BIOMED2011



Telah melabuhkan tirainya.. International Conference yang dianjurkan oleh tempat kerja. Conference 2 tahun sekali ini telah dibuat di Berjaya Time Square Hotel..

Alhamdulillah, everything going smoothly.. tapi personally, kalau nak dibandingkan dengan BIOMED2008, rasanya lagi lebih meriah, dari semua aspek :)

Jangan marah yer committee yang pilih tempat...

BIOMED2014 masih ada lagi,


Gambar kat atas ini merupakan view dari bilik hotel tingkat 27 tempat menginap, Penjara Pudu.
Jelas dari bilik hotel, cuma kualiti gambar kurang baik, almaklumlah, guna camera phone cap ayam jer..

tak nampak pula bahagian yang dirobohkan, keadaan agak sedikit menyeramkan...huhuhu, kalau diberi RM100 suruh bermalam kat sana, pun aku xmau!

Tuesday, June 28, 2011

Hectic!


Assalamualaikum...i'm back, almost 2 month menyepi.... sibuk dengan tugasan hakiki, personnel matters, family matters....hurm kalau nak diikutkan kerja, sampai ke akhir nyawa pun tak habis...

InsyaAllah, selepas ini kena istiqamah dalam setiap apa yang dilakukan... :)

to be continue.... mau balik rumah sudah!

Saturday, May 7, 2011

Sup Gear Box

kisah minggu lepas, tapi ingin juga berkongsi dengan semua, lantaran cuti panjang weekend + labor day, so... kat rumah xkemana, terpaksalah merajinkan diri untuk memasak, kebetulan sepupu balik kek kampung, siap buat pesanan, bawa kaki lembu, hehehehe
rasa-rasanya xpernah lagi orang bawak kaki lembu menaiki bas KB - KL,

mengidam sup gear box home made sekian lama, alhamdulillah, dapat juga, bukan setakat kaki lembu, perut muda turut dikirim oleh keluarga tercinta..


Hidangan 1 Mei 2011

Sup kaki masih dalam periuk


Perut Muda (usus) ada bran???


Makan nasi bertambah, terpaksalah jogging pada sebelah petangnya, dengan harapan dapat membakar segala lemak dan kalori yang dimakan

Key Performance Indicator

I'm Back!......

Pening sampai tak tahu nak beza, mana yang penting dan segera, atau penting tapi tak segera, almost 3 week langsung tak menyapu habuk, cuma singgah sekali sekala... tetamu berkunjung semakin kurang lantaran ketiadaan tuan rumah... :D


lately susah nak tido, Insomnia kot, tido pun terbawa-bawa ke dalam mimpi, KPI, due date,...huhuhu, last thursday, semua kakitangan dikerah ke Dewan Kuliah, duduk dibangku pelajar mendengar 'future plan' dari Datuk Naib Canselor untuk organisasi kami..


waduh, gawat sekali..... Selamat Mengejar KPI masing-masing

Tuesday, April 19, 2011

Durian Pancake

kekeringan Idea akhir-akhir ini, nak kata sibuk, xjugak..tapi agak sibuk, nasib baik audit tak menyinggah kat Jabatan kami, kalau tak naya staf nak mengira stok alat tulis, audit peralatan termasuk alat tulis, bunyi macam kelakar kan?... tapi semua jadi kelam kabut cek stok macam kedai runcit jadinya....

Nasib lah department lain.

semalam keluar office selepas maghrib, terus melencong ke MidValley, sajer nak window shopping, last2 terlekat dekat cafe Sweet Chat, teringat Durian Pancake yang Mabeles... so layan lah durian pancake sorang2... tak cukup satu, order sampai dua! OMG!

Sugar high!

Friday, April 15, 2011

Universiti Malaya - MPOB - Universiti Malaya

!st time google Map tak membantu...cait, wa sesat...huhuhuhu....!st time ke MPOB, sesat tak henggat, nasib baik masih bersabar, kalau tak, I dah melencongkan diri ke Alamanda ... bila search kat google map, alahai, senang nyer nampak, dari Point A ke Point B, TAPI................!



Sesat dekat sejam.................................owh NO!

Saturday, April 9, 2011

Wordless Saturday


Tetiba terasa rajin pula hari ni, :P
Maka terhasil lah hidangan yang tak seberapa, menu untuk lunch hari ini, sambal bilis dengan petai, sambal paru, ikan rebus goreng, dan sayur campur.

Friday, April 8, 2011

Perkampungan Artistik Universiti Malaya 2011


Persembahan dari pelajar Universiti Malaya


Randai Tunang Pak Dukun

Pelajar-pelajar dari Jabatan Drama, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya telah mengadakan satu Program kebudaayan yang saya kira amat menarik sekali. Perkampungan Randai ini merangkumi aktiviti seperti Teater Randai, tarian, nyanyian, muzik, silat dan pidato adat. Kali pertama dalam sejarah hidup saya menyaksikan satu persembahan kebudayaan yang amat menarik. Sebelum ini pernah mendengar perkataan Randai, tapi dalam minda terfikir, ianya adalah persembahan kebudayaan kaum bumiputera Sabah Sarawak...huhuhu...ceteknya ilmu!


Info dari wikipedia

Randai dalam sejarah Minangkabau memiliki sejarah yang lumayan panjang. Konon kabarnya ia sempat dimainkan oleh masyarakat Pariangan, Tanah Datar ketika mesyarakat tersebut berhasil menangkap rusa yang keluar dari laut. Randai dalam masyarakat Minangkabau adalah suatu kesenian yang dimainkan oleh beberapa orang dalam artian berkelompok atau beregu, dimana dalam randai ini ada cerita yang dibawakan, seperti cerita Cindua Mato, Malin Deman, Anggun Nan Tongga, dan cerita rakyat lainnya. Randai ini bertujuan untuk menghibur masyarakat biasanya diadakan pada saat pesta rakyat atau pada hari raya Idul Fitri.

Randai ini dimainkan oleh pemeran utama yang akan bertugas menyampaikan cerita, pemeran utama ini bisa berjumlah satu orang, dua orang, tiga orang atau lebih tergantung dari cerita yang dibawakan, dan dalam membawakan atau memerankannya pemeran utama dilingkari oleh anggota-anggota lain yang bertujuan untuk menyemarakkan berlansungnya acara tersebut.

thumb Sekarang randai ini merupakan sesuatu yang asing bagi pemuda-pemudi Minangkabau, hal ini dikarenakan bergesernya orientasi kesenian atau kegemaran dari generasi tersebut. Randai terdapat di pasisie (pesisir) dan daerah darek (daratan).

Pada awalnya Randai adalah media untuk menyampaikan kaba atau cerita rakyat melalui gurindam atau syair yang didendangkan dan galombang (tari) yang bersumber dari gerakan-gerakan silat Minangkabau. Namun dalam perkembangannya, Randai mengadopsi gaya penokohan dan dialog dalam sandiwara-sandiwara, seperti kelompok Dardanela.

Randai pada awalnya adalah media untuk menyampaikan cerita-cerita rakyat, dan kurang tepat jika Randai disebut sebagai teater tradisi Minangkabau, walaupun dalam perkembangannya Randai mengadopsi gaya bercerita atau dialog teater atau sandiwara.


Persembahan yang amat menarik, diserikan pula dengan artis jemputan Ebby Yus, loghat Nogori yang merupakan 'mother tongue'.....amat menghiburkan


Sunday, April 3, 2011

Garden View

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke KL.. 3 days 2 nite..sekejap jer rasa..macam tak sempat buat apa-apa, retreat berjalan lancar walaupun pada mulanya gak kelam kabut bila pihak pengurusan Hotel tersalah bagi katil single bagi pasangan kelamin.

Cuaca memihak kepada kami, alhamdulillah tak hujan sepanjang kami berada kat sana, padahal sebelum itu setiap hari hujan turun, service Swiss Garden Resort & Spa boleh dikatakan baik, dan 'most recommended' kalau sesiapa nak becuti atau nak menganjurkan apa-apa program kat sana, makanan pun sedap, tapi kepada sesiapa yang perut melayu tu, nasiblah, masakan kat sana agak western skit walaupun menunya muhibbah.

Cuma seperkara yang tak puas hati...

bilik Garden View... camnilah rupernya 'Garden View'...huhuhuhu

takut nak keluar ke Balcony, kot-kot ada monyet ke...ni dah bukan garden ni...tapi 'hutan view'..dah ler dok sorang2 sebilik...huhuhu


yang lain semuanya excellent.... sesuai dengan taraf 4****

Adios... mau kemas beg!

Wednesday, March 30, 2011

Tarian Poco-Poco Haram??


Pagi terdengar kat radio, pastu baca kat news online, pastu blog walking, sibuk semua bercerita tentang tarian poco-poco telah diharankam oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak...surat edaran pun dah keluar...

Macamana pula dengan negeri-negeri lain??...kenapa tiada kesepakatan dalam mengeluarkan fatwa??

Selepas ni PUSPANITA nak menari tarian apa plak?

Wordless Wednesday


RM3.50


Lunch dengan Spaghetti special delivery yang dimasak oleh student untuk gerai jualan bagi Subjek Asas Pendidikan Keusahawanan.

Hurm....

not bad!

cuma masin skit jer :P

Sunday, March 27, 2011

Feeling kat Oversea... :P


Assalamualaikum n Happy weekend everyone....

hampir seminggu tak update, bz dengan urusan kerja dan duniawi.. last tuesday pergi ke Terengganu, balik hari...believe it or not, drive pergi balik...dan pulangannya, sakit seluruh badan mencucuk2 dan rasa nak demam.. Khamis meeting dengan Industrial Advisory Panel dan Semalam 1st Annual Dinner yang dianjurkan oleh Department...

Alhamdulillah.....semuanya berjalan lancar

Kalau nak dikira kerja, sampai bila-bila pun tak habis..

Hari ni saja nak melepaskan penat semingguan, pergi window shopping kat Subang Parade.. Midvalley dah muak daa... (yer ke??)..hehehehe

Selalunya tak pernah habis pusing satu bangunan, hari ni terlebih rajin plak, sampai ke hjung dari LG sampailah ke 1st floor.

kat LG tertarik satu gerai yang menjual buah-buahan..susun atur amat menarik, kualiti buah juga bagus2...harganya agak tinggi sikit kalau nak dibandingkan dengan tempat lain...

Terasa mcm pasar segar menjual buah-buahan kat Oversea.....feeling oversea jap :P

Monday, March 21, 2011

Bila dah cuti lama sangat...



Mood nak kerja lambat datang..hehehehe

kepala pun masih weng lagi...alhamdulillah perjalanan dengan Bas Euro Class ( bas 2 tingkat) berjalan dengan lancar, walaupun stuck hampir 2 jam sebelum bandar Gua Musang, ada eksiden, tengok kepada keadaan kenderaan, agak teruk juga, moga-moga pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan tersebut selamat

Sampai kat Hentian Putra sekitar jam 6am, xderlah lari jauh sangat dengan waktu perjalanan biasa... ambik plak teksi..nyaris nak dikencingnya...ader ke patut nak ke UM nak ikut Damansara, kerana tak nak ikut jalan Bangsar yang dah jadi one way...

hallo...!

I dah dok KL 11 tahun lebih...tak payah lah nak kencing...one way tu Brickfield..aper da..
nak kencing orang agak2 lah sket!.

Jalan Brickfield KL Sentral yer adik kakak, dah jadi 'one way' bukan jalan ke Bangsar

Thursday, March 17, 2011

Dinar Emas

Selesai sudah fasa pertama, besok pagi menyusul pula fasa ke 2, Majlis Menyambut Menantu...sekarang ni jam 3.49 am, baru berkesempatan nak menjengah dunia maya, selepas selesai memasak 'sira labu'.

Majlis akad nikah berjalan dengan lancar, walaupun cuaca mendung, alhamdulillah...hari tak hujan .... Dinar Emas menjadi mahar, senoga ikatan suci ini berkekalan hingga ke akhir hayat...Ameen!

Wednesday, March 16, 2011

HOME sWEET hOME...


Terjaga dari lena dek iringan-iringan muzik halus si nyamuk..almaklumlah sekarang ni, musim tengkujuh pun dah nak habis...air2 di lopak, paya hampir kering, masa ni lah nyamuk nak membiak dengan jayanya.

Memang terganggu tidur, dengan gangguan nyamuk yang menggila, tapi alhamdulillah, tak pernah pula dengar kes denggi kat kampung ni seumur hidup ku..mungkin nyamuk kampung tak sejahat nyamuk bandar... harap-harap perkara ini akan berkekalan sampai bila-bila...

Home Sweet Home!

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertamaku

KUALA LUMPUR: Young working adults can now buy themselves a new home without having to pay a sen in down payment.

Those earning less than RM3,000 a month can obtain up to 100% financing to buy their first home under a new scheme launched yesterday.

The My First Home Scheme, launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesterday, will enable them to buy houses costing between RM100,000 and RM220,000 with a repayment period of up to 30 years.

The scheme sees the participation of 25 conventional and Islamic financial institutions including major banks like AmBank, CIMB, Hong Leong, Maybank, Public Bank, RHB and Standard Chartered.

To qualify for the scheme, which is for both houses under construction and completed properties, house buyers must be those working in the private sector and are confirmed employees with a minimum of six months in the job.

The self-employed do not qualify for the scheme while joint applications are allowed, provided that both are in the private sector and are family members, such as siblings or spouses.

The monthly financing repayment sum must also be not more than one-third of the applicants’ monthly gross income.

However, this sum can go up to 50% of their income if additional credit is permitted under the banks’ underwriting policy.

The Government through Cagamas Berhad – a national mortgage corporation – will bear the costs of the initial 10% deposit for the house while normal interest or profit rates for Islamic banks apply under the scheme.

The scheme does not cover refinancing of a home.

In his speech during the launch yesterday, Najib said the scheme would enable young adults in the country to own their first home within a short time.

“This scheme is a government initiative to help the young citizens as well as to inculcate confidence and desire in them to own houses.

“It is also part of the Government’s objective to provide affordable housing to all Malaysians in rural and urban areas,” he said.

The Prime Minister had announced the scheme during the tabling of the Budget in October.

Later, Najib witnessed the agreement signing between the Finance Ministry and the participating institutions, which was also attended by Bank Negara governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz and Treasury secretary-general Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Also present was Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim Siang Chai and Cagamas Holdings Berhad chairman Datuk Ooi Sang Kuang.

source here


kat atas adalh respond dari kawan-kawan, yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan, sila klik untuk enlarge pic....

Kalau proses sama, Masik semak CTOS, CCRIS, dan kelayakan gaji.. Interest pun boleh tahan gak.. apa pula kelebihan nya?? ker sekadar gimik untuk menyedapkan hati jer?.

Tuesday, March 8, 2011

Aku Skandal…..

Ntah kenapa agaknya lately banyak sangat skandal yang didengar dan terlihat di depan mata, tadi dekat wall seorang kenalan di FB diletakkan 2 rakaman pendek, Isteri menyerang “skandal” si suami yang ketika itu berdua-duaan dengan suaminya di Hospital… OMG…ngeri weh!

Si isteri bersama anak perempuan melihat kejadian itu di depan mata… Nauzubillah!

Bulan lepas terjadi kepada salah seorang kakitangan kat tempat kerja, skandal dengan isteri orang, ditangkap dalam keadaan memalukan oleh suami dan anak perempuan tersebut … sungguh memalukan!.. dah ler mengaku dirinya itu kakitangan akademik… padahal hanya pembantu am rendah,

Agak-agak nya kenapa ini harus berlaku??

- Kurang pengetahuan Agama?

- Attention seeking?

- Kurang perhatian/kasih sayang?

- Kurang …………………………??

- Kurang ………………………………..??

Ya Allah… hindarilah Aku dari perkara keji dan mungkar

Monday, March 7, 2011

Pesta Pantun Bestari


Semalam after dinner dengan geng-geng JJCM, sempat menyinggah di Dewan tunku Canselor, bagi memberi sokongan moral kepada sebuah program yang dianjurkan oleh student2 dari Kolej Kediaman Ke 4, PESTA PANTUN BESTARI, Peringkat Akhir!

Syabas dan Tahniah kepada adik-adik dari Kolej Kediaman ke 4, atas penganjuran Pesta Pantun Bestari kali yang ke 4, (kalau tak silap). penganjuran yang agak gilang gemilang, teringat semasa zaman belajar dulu...giler berprojek...


Pantang ada 'projek' xkira lah 'projek' anak Negeri, Persatuan di Fakulti, 'Projek' kolej...hurm...semuanya masuk.... semua itu adalah kenangan terindah bila berada di menara gading.

pic pinjam dari sini, almaklumlah xder camera canggih macam budak2 sekarang ni... semua dok usung DSLR...jeles achik tengok, kat manah tak tau depa dapat duit... kaya bebenor!



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (tiga kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM2,000 kepada peserta dari Universiti Sains Malaysia setelah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Akhir Pesta Pantun Bestari 2011.



Naib Johan -IIUM

Tempat Ke 3 - Unimap


Pemantu Terbaik - Nurul Syazliana USM


Pasukan dari MAS yang memenangi Busana terbaik..(Busana dah bertukar)



Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya

Pertandingan berbalas pantun antara institusi pengajian tinggi. Dianjurkan oleh Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya setiap tahun sejak 2008

Tarikh:
3 Mac 2011 - Makan Malam Pengenalan
4 - 6 Mac 2011 - Saringan, suku akhir, separuh akhir, ketiga & keempat
6 Mac 2011 - Pertandingan akhir

Tempat:
Saringan, suku akhir, separuh akhir, ketiga & keempat - Kolej Kediaman Keempat
Akhir dan Penutup - Dewan Tunku Canselor

HADIAH YANG DITAWARKAN:

TEMPAT PERTAMA:
Wang tunai RM 2000 + piala pusingan + piala iringan + sijil + cenderamata

TEMPAT KEDUA:
Wang tunai RM 1600 + piala iringan + sijil + cenderamata

TEMPAT KETIGA:
Wang tunai RM 1200 + piala iringan + sijil + cenderamata

BUSANA TERBAIK (KUMPULAN):
Wang tunai RM 400 + sijil + cenderamata

PEMANTUN TERBAIK (INDIVIDU):
Wang tunai RM 200 + sijil + cenderamata

PEMANTUN POPULAR (INDIVIDU):
Wang tunai RM 100 + sijil + cenderamata