Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Wordless Saturday


Tetiba terasa rajin pula hari ni, :P
Maka terhasil lah hidangan yang tak seberapa, menu untuk lunch hari ini, sambal bilis dengan petai, sambal paru, ikan rebus goreng, dan sayur campur.

Thursday, April 7, 2011

No Name


Our Family...Biomedical Engineering Department
(setengah jer)


Alhamdulillah....dah siap templete untuk penilain Course Outcome & Program OutCome, since balik retreat sampai la dok buat benda tu, dah setel untuk kesemua subjek termasuk sem last punya, so sempat lah nak merapu kat 'halaman' yang tak seberapa hampir berdebu tak terjaga ni.

Sekarang dah masuk minggu yang ke 12, so lagi 2 minggu student akan exam, masa-masa genting bagi setiap orang yang bergelar pelajar, staff pun lebih kurang sama juga, pensyarah apatah lagi...soalan exam pun ada yang baru hantar. Kadang kadang pelik dengan sesetengah staff yang merungut banyak kerja, padahal kamu datang ke sini untuk bekerja... kemungkinan besar Jabatan akan kehilangan seorang lagi staff....ada sesiapa yang nak apply jawatan pengajar kat Jabatan kami tak??...janji kena setialah, jangan kerja separuh jalan, cabut ketempat lain pulak

walau sesibuk mana pun...kiter kena chill jugak!, kerja dengan enjoy, barulah tiada tekanan hidup....

p/s : malam ni lepak dengan geng-geng makan kat PELITA

Thursday, February 10, 2011

Obesity & Health

hurm........... xtau camna nak mulakan kata-kata, being fat is not my choice...nak katakan faktor ganetik yer jugak...family members sumer badan ala-ala ahli sumo.

you're what you eat....

I menafikan sekeras-kerasnya, xderlah makan sampai 2-3 tiga pinggan,

makan nasi 3 kali sehari???.........no!

tapi badan masih gak camtu...!


tapi yang pastinya exercise yilek..huhuhu

kagum tengok sesetengah orang, makan dengan sesuka hati..badan tetap maintain

camner nak buat???

Saturday, January 22, 2011

Akad Nikah


Lauk kenduri... terbaik!


bff... ni jer yang datang... lagipun hanya akad nikah ..kendurinya nanti pada bulan Mei

anyway..
Congratulations Shafiq & Aini
Selamat Melayari Bahtera RumahTangga
semoga berbahagia hingga ke Akhir hayat

siapa sangka...cinta Internet bawa ke Jinjang Pelamin :)

Kalau dah jodoh... tak akan kemana


p/s: penat...drive sampai ke Dengkil...1st time...huhuhu


Thursday, November 25, 2010

How to Cleanse your Colon Naturally

A blend of Mango Juice, Orange Juice, Fresh Strawberries and Yogurt
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaa...!


Ada berani??........ :D

Sunday, December 6, 2009

Bubur Jagung...Yummy!!!

pic dan resepi dari kak Hanieliza

sat gi nak masak bubur jagung, semalam tak sempat...kelewatan balik dari jalan TAR..thanks Eisha, bawa balik jagung dari Cameron Highlands

P/S : huhu .... hebatkan resepi bubur Jagung pun kena google!

Thursday, June 18, 2009

BUFFET DURIAN ss2

For durian lovers, enjoy untill you get full for Rm 9 per person, giller bukan?? saper2 yang tinggal area PJ, rasanya cukup maklum dengan tempat ni, SS2, senang jer nak carik, khemah kat tepi jalan, tepi simpang dekat dengan Balai polis Seapark...

tengahari tadi lunch dengan durian, tp tak pilih buffet. Sajer nak pilih buah sendiri...
believe it or not..haha kami berempat berjaya menghabiskan 11 biji durian ( kecik jer). harap-harap dapat tido ler malam ni. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai dusun durian..boleh lah datang ke sini.. eat and go...memang berbaloi..xyah susah2 nak kopek, nak buang sampah, sumer ada yg tolong buatkan...

Durian yang baru sampai..masih belum disusun

Geng-geng keselamatan UM, depa pilih Buffet.


Durian yang baru sampai

macam-macam jenis, Raja kunyit, Udang merah

pic makan durian xsempat nak snap, tangan dah berjelumuih..

Thursday, April 23, 2009

NASI KERABU

Kepada Pencinta Nasi Kerabu...
saksikanlah...

Menu for Lunch Today...

MYR 7.00




Nasi Kerabu
(Kelantanese blue tinted Nasi Kerabu with Salted Duck Egg, Fish Cracker, sliced Roasted Beef, sliced mixed aromatic herbs, fish flakes with roasted grated coconut, dashed with anchovy sauce based gravy)

Location : Food Court, ALAMANDA
Time : 12.45pm (Lunch Hour)

Comment : so-so (***)

Wednesday, April 15, 2009

Seksyen 14, Petaling Jaya

kisah semalam..hari ni baru nak update, gara2 meeting di Jakim cancel kerana ada Post Cabinet, yeeehaaa...

ke Digital Mall semata-mata nak beli CD-RW, padahal boleh jer kalo nak order ngan supplier, jalan-jalan punya pasal, bukan nyer jauh pun dari Office. Sambil-sambil cuci mata dan isi perut


view seksyen 14 dari tempat parking




Screen Protector  MYR10.00


comel dan murah 
canon powershot E1 10.0 MegaPixels
 MYR600++

model paling latest sony T90 12.0 MegaPixels
MYR1200++

last but not least
MYR4.50

MYR3.50


Tuesday, March 31, 2009

Luk Chin

 3/12

Luk Chin (fishball) atau sate ikan..

First time jumpa sate ikan ini dijual di KL, ada dijual di Pasar Malam SS17, 
rasa nya not bad, masih sama seperti dulu... masih dibakar di atas bara...
cuma harganya sedikit berbeza..
RM1.00 untuk 4 cucuk sate...

teringat semasa di zaman persekolahan(sekolah rendah), sate ikan dijual dengan harga10sen satu cucuk....

begitu cepat masa berlalu...huhu

I'm getting old...





Saturday, March 28, 2009

Aqiqah dan Cukur Jambul

Makciknyer terpaksa balik dengan bas, 
sebab hari yang sama harus kembali semula ke KL, Rush Hour giller, penat tak hengat dunia...len kali pesanan kepada kawan2, kalo nak balik kampung tu...janganler pilih seat yang belakang sekali..huhu.

balik kampung demi meraikan kelahiran anak sedara baru, kebetulan buat majlis kenduri aqiqah dan cukur jambul, xsempat nak snap banyak2 pic

Bunga telur...khas dari Pasar Chow Kit

Juadah (Cuba teka lauk apa agaknyer tu? kire kuiz gak neh)

Ahmad Haziq Zikry Bin Ahmad Fahmee

Sebelum dibotak kan

belah mulut oleh Ayah Long..InsyaAllah semoga menjadi anak yang soleh..


Sunday, March 22, 2009

1st Putrajaya International Hot Air Ballon

citer basi...late entry..huhu

excited punya pasal nak tengok hot air ballon, sumer cousin aku amik cuti, nak ke putrajaya, tp plan tak baik akibat terbabas tido..huhu..terlepas ler kami sesi  ballon fun fly at morning.

Balloon fun fly times:
19 Mar: 7.45am-9.00am (Media), 5.30pm-7.00pm
20 Mar: 7.45am-9.00am, 5.30pm-7.00pm
21 Mar: 8.00am-9.00am (VIP), 5.30pm-7.00pm
22 Mar: 7.45am-9.00am, 5.30pm-7.00pm

kuar dari umah dah kul 9.45am ..belon dah xder..last2 pegi layan movie kat Alamanda

sebelum tu..makan dulu kat Johny's, adakah johny's dah naik harga?..bilnyer melampau sangat huhu....  jam 5:00 baru beredar ke precint 2,  kami menghabiskan masa berlegar2, layan movie dan makan2 kat Alamanda  dalam 5 jam setengah okeh..lamer giller

sesampai jer kat precint 2, belon udara sedang dipam?, betui ke ayat neh?.. panas giller cuaca time tu
yang neh dah berlepas..tak ingat plak dari negara mana



yang neh dari malaysia, ingat sebab depa xguna bakul

macam neh ler rupa bakul hot air balon ni adik kakak sekelian..hehehe (ditujukan buat orang2 kampungku)
Closed up






nak landing kat dataran Putra

Sunday, March 1, 2009

Mandailing Vs Banjar

Istilah yang digunakan dalam loghat kelantan, 'Makan Gulai' mean menghadiri kenduri kahwin. semalam dah selesai satu, kenduri di pihak perempuan, hari ni berada di pihak lelaki plak, sepupu kepada pengantin perempuan semalam, 
tak paham?, sila abaikan. 

Tempat kenduri di Bandar Tasik Kesuma, first time dengar nama tempat ni..agak jauh weeiii, abes gak ler sebotol mineral water sambil drive tu, dah ler panass siottt cuaca hari ni, 

agak menarik, 
pengantin lelaki = Banjar
pengantin Perempuan = Mandailing

agak2nyer bahasa apa yang bakal digunakan kat umah derang nanti ek?

masih mengekalkan adat lama di zaman moden ini, salah satu hantaran ialah barangan keperluan asas dapur (untuk memasak), beras, garam, gula, cili kering, sardin, susu, agak heran tu ada plak makaroni. sorang daripada makcik yang kat situ cakap, kalo ikutkan adat, pada zaman dulu, siap bawa kayu api lagi sebagai hantaran..hahaha






Persembahan kebudayaan masyarakat Mandailing, didatangkan khas dari Negeri Sembilan (First time tengok dan dengar)

Hiasan meja makan beradab yang agak 'lain' dari yang lain pernah tengok..


bergambar dengan Pengantin, yang pompuan kerja ngan Celcom, Lelaki sebagai Medical assistant kat salah sebuah klinik kerajaan kat Pahang

Jalan ke rumah Pengantin Perempuan

nurul..nak balik daa

View kawasan ni sangat cantik..tp xsanggup den tinggal kat area nih..huhu

ala-ala bandar cowboy