Showing posts with label kawen. Show all posts
Showing posts with label kawen. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Dinar Emas

Selesai sudah fasa pertama, besok pagi menyusul pula fasa ke 2, Majlis Menyambut Menantu...sekarang ni jam 3.49 am, baru berkesempatan nak menjengah dunia maya, selepas selesai memasak 'sira labu'.

Majlis akad nikah berjalan dengan lancar, walaupun cuaca mendung, alhamdulillah...hari tak hujan .... Dinar Emas menjadi mahar, senoga ikatan suci ini berkekalan hingga ke akhir hayat...Ameen!

Monday, March 14, 2011

Adik Aku Kawin lagi...


Kalau dah jodoh...

kiter hanya merancang, Allah jua yang menentukan...jodoh pertama tak berkekalan, semoga jodoh kedua ini berkekalan hingga ke akhir hayat...

offline for 1 week, Cikgu cuti sekolah, I pun nak cuti juga...tak kira...huhuhu, sepanjang cuti sekolah seminggu, ada lebih kurang 7 jemputan kenduri kawen, kat Kelantan, kenduri xmengira hari, asalkan cuti sekolah, gasaklah engkau, isnin ker, selasa ke...saper nak peduli...

Saturday, January 22, 2011

Akad Nikah


Lauk kenduri... terbaik!


bff... ni jer yang datang... lagipun hanya akad nikah ..kendurinya nanti pada bulan Mei

anyway..
Congratulations Shafiq & Aini
Selamat Melayari Bahtera RumahTangga
semoga berbahagia hingga ke Akhir hayat

siapa sangka...cinta Internet bawa ke Jinjang Pelamin :)

Kalau dah jodoh... tak akan kemana


p/s: penat...drive sampai ke Dengkil...1st time...huhuhu


Friday, January 21, 2011

CINTA INTERNET

Percaya atau tidak..tapi inilah hakikatnya...ramai rasanya diluar sana yang mungkin tidak percaya, ramai juga yang mungkin pernah dikecewakan... dari Cinta Internet...

sepanjang pengalaman hidup I, mereka yang berkahwin hasil dari Cinta Internet ni..bahagia jer...My Cousin, seorang di Mesir dan seorang lagi Kat Malaysia..bertemu jodoh melalui Cinta Internet..so far perkahwinan mereka bahagia dengan seorang cahaya mata

Besok bakal menyaksikan satu lagi kisah 'cinta Internet' disatukan...
Ini adalah pasangan yang ke 5 yang I kenal dalam hidup ini yang disatukan dari Cinta Internet

Tahniah Cik Puan Aini & Tuan Syafiq...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Merujuk kepada satu penemuan menarik yang dilakukan oleh Norton Symantec iaitu Norton Online Living Report, banyak impak atau perubahan boleh kita lihat terhadap penggunaan Internet yang meluas di kalangan pengguna. Laporan ini didapati hasil kajian terhadap 9,000 pengguna talian dewasa dan kanak-kanak daripada 12 negara. Meskipun tidak termasuk Malaysia, namun ia boleh digunakan untuk memberi gambaran kepada kita evolusi yang dibawa oleh teknologi moden ini. Salah satunya ialah dalam membeli cinta!

Wah, sebut cinta, ada hati yang sudah berbunga-bunga. Jangan salah faham, cinta yang dimaksudkan bukanlah cinta yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Bukannya cinta yang dijual pada eBay. Tetapi Internet menyediakan platform untuk anda mencari cinta, mengukuhkan hubungan, berkomunikasi dan merapatkan hubungan sedia ada. Ianya tidak mustahil untuk mencari cinta di talian atau mengukuhkan hubungan kerana tujuh daripada sepuluh individu seluruh dunia dalam tinjauan ini menyatakan Internet membuatkan hubungan mereka lebih baik.

Dari sudut kekeluargaan pula, Internet mempunyai peranan tersendiri dalam komunikasi keluarga. 71% daripada individu yang ditinjau menyatakan Internet memudahkan mereka untuk berhubung dengan keluarga. Ia juga telah dipersetujui 53% individu lain yang turut menambah bahawa Internet memperbaiki kualiti komunikasi sementara 45% menyatakan Internet telah memperbaiki hubungan kekeluargaan secara keseluruhan. (Majalah PC, Mei 2009)

Monday, January 10, 2011

DIY- Fresh Flower Hand Bouqet

Untuk wedding BFF Cik Kino @ Sakinah

Nasib baik sempat siap...plan nak bangan lepas subuh on saturday morning, akad nikah jam 10.30 pagi..tapi terbangun lewat plak...huhuhu

Jam 10 pagi baru gerak ke Masjid Mujahideen, Damansara Utama

Pic sebelum tak der..almaklumlah…camera tak der ( Damn U pencuri!)



macam ni lah rupanya...guna ros local jer.... :P

Bunga sponsored by Peng


Prepared by Me :D


amik aura pengantin lepas akad Nikah


1st time di kalangan kawan-kawan, Mas kawin menggunakan dinar emas... :D

SELAMAT BERBAHAGIA Kino & Fahkril..........

Friday, November 5, 2010

Gubahan hantaran lagi!

kualiti pic kurang jelas..almaklumlah, camera cap ayam...huhuhu




Gubahan coklat yang dibuat untuk Helmy (labmate) sebagai hantaran di majlis perkahwinannya...

Sirih junjung untuk majlis perkahwinan anak Kak Ana (Officemate)

Hantaran Abe Cik (adik)




Sirih Junjung majlis pertunangan anak Kak Ana




Hantaran Majlis pernikahan Abe Cik (Adik)

Tuesday, October 27, 2009

1 Month in Pictures

bersawang, habuk...sumer da adaaaa
sebulan meninggalkan blog... so many things to do but too little time...hehehe ...untuk 'cover semula entry sebulan....pictures can speak a thousand words..


wedding kakak Alinur Ayuni


Melawat Baby Wanie - Sayyida Humaira


Baby Yaya



eksiden (org lain) kat Bukit 7


Pecipta 2009



Dinner Conference IEEE




Lunch kat Khatijah's Kitchen



UM Car Boot Sale



Berbuka posa dengan budak2 Lab FBI



Berbuka Posa di Bora Asmara


pic raya and pic akad nikah my brother tertinggal di desktop kat kampung. terlupa nak copy.

Sunday, July 12, 2009

Dr. Hajah Zurinah Bt Hassan

Semalam majlis menyambut menantu di kediaman beliau, Seksyen 8 Shah Alam, Tahniah kepada Dr. sekeluarga, anak lelaki beliau, Muhammad Faiz tutor di Jabatan Kejuruteraan Biomed. kalau sesiapa yang pernah menonton Kelan Pop, Faiz pernah bersiaran dalam program tersebut untuk segment teka lagu, beliau bermain harmonika..Selamat Pengantin Baru untuk Faiz dan Ainul, selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.

Monday, June 29, 2009

Seksanya hendak kahwin

untuk renungan bersama (bagi yang belum berkahwin sahaja)

ARKIB : 28/06/2009

Seksanya hendak kahwin

PERKAHWINAN bagi kebanyakan pasangan adalah sesuatu yang suci, indah dan abadi. Dari ketika menjalani proses percintaan hinggalah selesai upacara akad nikah adalah sesuatu yang biasa bagi setiap pasangan untuk melihat pasangan mereka sebagai pilihan terbaik.

Segala yang dilakukan akan dilihat sebagai sempurna di mata pasangan masing-masing. Namun di sebalik semua kesempurnaan ini satu-satunya masalah yang akan menghantui orang lelaki setelah mendapat persetujuan daripada keluarga pihak perempuan untuk 'menyunting bunga di taman' ialah wang hantaran.

Mungkin ada pihak yang merasakan perkara ini bukan satu bebanan bersesuaian dengan status dan pendapatan yang diperolehi. Apatah lagi bagi pihak keluarga perempuan ia umpama satu "hak eksklusif" dalam menetapkan berapa jumlah wang hantaran sebelum anak gadis mereka berpindah tangan kepada bakal suami.

Namun kita tidak boleh menafikan bahawa isu wang hantaran ini sering menghantui pasangan sebelum berkahwin.

Soal wang hantaran jika munasabah bukanlah satu persoalan tetapi ia akan menjadi sesuatu yang membebankan jika keterlaluan. Maka akan kedengaranlah pandangan dan kritikan pedas masyarakat "nak jual anak ke".

Isu tentang wang hantaran ini bukanlah sesuatu yang baru dan harga yang ditetapkan semakin meningkat bersesuaian dengan keadaan dan realiti semasa kehidupan.

Dalam membicarakan hal ini penulis teringat gurauan yang diluahkan oleh seorang sahabat yang berpengalaman dalam menguruskan perkahwinan bahawa ia umpama membeli tiket kapal terbang.

Kebiasaannya harga tiket agak murah dan mampu dimiliki tetapi yang membuat harganya lebih mahal ialah pembayaran tambahan akibat terpaksa membayar cukai airport, pengurusan dan surcaj. Ini yang membuatkan penumpang terpaksa memilih dan berkira sebelum membuat keputusan.

Situasi ini yang terpaksa dihadapi oleh para pengantin lelaki apabila terpaksa membayar wang hantaran yang mahal padahal wang mas kahwinnya hanya berapa sangat.

Oleh itu ramailah lelaki yang terpaksa kahwin lewat akibat terpaksa mengumpul wang dan mengikat perut sebelum dapat melampiaskan hajat yang tersimpan sejak sekian lama.

Dari segi hukumnya pembayaran wang hantaran bukanlah sesuatu yang perlu namun kerana menghormati adat dan tradisi kita sebagai orang Melayu maka perkara seperti hantaran dan persandingan lebih menjadi perhatian.

Dan secara umumnya wang hantaran ini diberikan kepada pihak pengantin perempuan sebagai tanda pemberian ikhlas yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengurus kerja-kerja persandingan.

Apatah lagi urusan persandingan dari pakaian pengantin hinggalah makan minum jemputan melibatkan perbelanjaan yang agak besar memandangkan tradisi menanggah dan tolong menolong ketika majlis perkahwinan semakin pupus.

Maka perbelanjaan perkahwinan yang agak besar ini bersesuaian dengan kemeriahan yang dialami ketika majlis pernikahan dan persandingan berlangsung.

Secara puratanya kadar wang hantaran pada masa sekarang ialah sekitar RM8,000 hingga RM10,000. Dan berdasarkan keadaan ekonomi dan kemakmuran negara ini ia mungkin dianggap munasabah.

Namun jika dikira semula termasuklah perbelanjaan kenduri di kedua-dua belah pihak, jumlah meningkat sehingga sekitar RM12,000 hingga RM20,000. Pastinya jumlah itu dianggap agak membebankan dan ramai lelaki terpaksa mengeluh sebelum berkahwin.

Bagi kebanyakan eksekutif muda yang berpendapatan sekitar RM1,800 hingga RM2,500, untuk menyimpan wang hantaran seperti yang disebutkan di atas mungkin tiada masalah tetapi ia pastinya mengambil masa sekitar dua hingga lima tahun.

Ditambah pula dengan bebanan dan kos hidup di ibu kota yang semakin meningkat akhirnya ramai lelaki terpaksa kahwin lewat malah ia dilihat semakin menjadi trend kebelakangan ini.

Maka jalan terbaik dalam menyelesaikan keserabutan ini ialah dengan membuat pinjaman bank.

Pinjaman

Hendak disalahkan pihak bank tidak boleh kerana ia adalah sebahagian dari hukum perdagangan untuk mencari keuntungan. Mereka ini senantiasa melihat peluang dalam kekusutan. Sebarang peluang yang boleh menguntungkan pastinya tidak akan mampu ditolak oleh perusahaan perbankan.

Oleh itu hendak atau tidak kebanyakan lelaki yang mahu berkahwin terpaksa membuat pinjaman dan turut terbukti bagi pihak bank bahawa bentuk perniagaan ini sangat menguntungkan.

Yang menjadi kebimbangan, apabila ia menjadi satu ikutan sehingga hantaran perkahwinan semakin meningkat di luar kebiasaan dan mencecah ratusan ribu.

Bagi mereka yang mampu mungkin tidak ada masalah dan ia dianggap sebagai pemberian ikhlas. Tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah sukar untuk memenuhi permintaan pihak pengantin perempuan jika wang hantarannya mencecah puluhan ribu ringgit.

Jika kita perhatikan beberapa ketetapan dan alasan sering digunakan dalam menetapkan wang hantaran ini. Seperti yang dikatakan tadi penetapan wang hantaran kebanyakannya merupakan hak eksklusif keluarga pengantin perempuan.

Walaupun mungkin beberapa perbincangan dilakukan dalam menetapkan wang hantaran antara pihak kedua-dua bakal mempelai namun keputusan akhir akan tetap diputuskan oleh pihak perempuan. Maka pada kebiasaannya harga wang hantaran ditetapkan atas beberapa kriteria.

Kriteria pertama terletak kepada pengaruh keluarga pengantin perempuan. Jika pihak perempuan "mata duitan" maka mahallah duit hantaran yang perlu dikeluarkan. Kita tidak boleh menafikan terdapat segelintir ahli masyarakat yang masih berfikiran begini semata-mata untuk meraih keuntungan hasil dari perkahwinan yang akan berlangsung. Sikap sebegini pastinya akan membuatkan masyarakat memandang serong terhadap pihak keluarga serta merosakkan jalinan institusi kekeluargaan itu sendiri.

Kriteria kedua ialah tahap akademik pengantin wanita itu sendiri. Semakin tinggi tahap pendidikan wanita tersebut semakin mahal wang hantarannya.

Kriteria ketiga ialah paras rupa wanita yang bakal disunting. Walaupun perkara ini agak subjektif kerana kecantikan seseorang wanita dinilai berbeza oleh lelaki berdasarkan cita rasa dan kehendak peribadi namun ia merupakan antara kriteria penting dalam penetapan wang hantaran. Semakin cantik dan 'bergetah' seseorang wanita itu semakin tinggilah harga yang perlu dibayar.

Kriteria terakhir dalam hal ini ialah jenis pekerjaan dan pendapatan bulanan yang diterima. Pastinya pekerjaan seperti doktor, akauntan dan jurutera dibayar gaji yang mahal, oleh itu jumlah wang hantaran turut meningkat.

Berdasarkan kriteria di atas adalah jelas kenapa harga wang hantaran agak sukar dikompromi oleh pihak perempuan. Paling jelas harga wang hantaran termahal ini selalunya didominasi oleh golongan artis.

Ini mungkin berkait dengan soal kecantikan yang dimiliki selain dari pendapatan tinggi dan populariti yang diperoleh.

Sebelum ini, penyanyi Juliana Banos yang berkahwin dengan Pengarah Urusan Mutiara Motor Sdn Bhd, Mokhtar Ahmad pada 16 Disember 2005, dinobat sebagai antara artis yang menerima wang hantaran tertinggi di negara ini, iaitu RM77,888.77.

Itu tidak termasuk dua bentuk cincin berlian jenama Cartier dan Carat Club yang bernilai lebih RM10,000, beg tangan dan dua pasang kasut jenama Louis Vuitton (LV) serta set wangian.

Penyanyi ternama negara, Datuk Siti Nurhaliza pula menerima wang hantaran dari suaminya Datuk Seri Muhammad Khalid Jiwa sebanyak RM30,000 dan mas kahwin RM22,222.

Satu lagi insiden juga melibatkan antara wang hantaran tertinggi di negara ini tetapi tidak kekal lama membabitkan bekas model, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Roslan Hashim.

Puteri Shahanaz menerima wang hantaran RM444,444.44 dan mas kahwin RM22,222.22.

Selain itu, Puteri Shahanaz turut menerima 22 hantaran termasuk kereta BMW 320i berharga RM250,000; set barangan kemas (RM150,000); jam tangan Rolex (RM25,000); cincin (RM20,000) serta beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.

Gilang gemilang

Pasangan tersebut diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Lorong Tok Sira 3 pada September 2006 manakala majlis persandingan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.

Roslan yang ketika itu merupakan Pengerusi Eksekutif Ghaz Properties Sdn Bhd, berkata beliau membelanjakan RM3.5 juta bagi memastikan majlis persandingan berlangsung penuh gilang-gemilang.

Bagaimanapun kebahagiaan yang diharapkan tidak kekal lama apabila setahun kemudian pasangan ini bercerai pada 4 Oktober 2007.

Puteri Shahanaz memohon cerai fasakh dan Roslan bersetuju membayar tuntutan mutaah RM100,000 secara ansuran, iaitu RM5,000 sebulan kepada Puteri Shahanaz. Roslan turut bersetuju membayar nafkah RM1,500 sebulan kepada anak tunggal mereka, Putera Airil Imran.

Kisah di atas ini pastinya memberi pengajaran bahawa wang hantaran yang tinggi dan majlis perkahwinan yang keterlaluan gahnya bukanlah penentu kepada kebahagiaan berlanjutan sehingga ke akhir hayat. Ditambah pula dengan pelbagai jumlah wang hantaran dengan nombor menarik beserta dengan tarikh perkahwinan yang lain daripada lain, ia seolah-olah telah menjadi trend yang mempengaruhi masyarakat.

Secara peribadi hantaran perkahwinan tidaklah perlu terlalu menekan sehingga menjadi beban kepada pasangan pengantin. Ada yang berpandangan supaya wang hantaran ini perlu dikongsi antara kedua mempelai bagi mengelakkan bebanan keterlaluan kepada pengantin lelaki.

Mungkin ada baiknya saranan sebegini namun jika wang hantaran ditetapkan lebih rendah ia pastinya lebih melegakan semua pihak.

Perlu difahami wang hantaran ini ditetapkan bagi keperluan pihak perempuan mengendali majlis persandingan sebelah mereka. Semakin meriah majlis perkahwinan semakin tinggilah wang hantaran yang perlu dikeluarkan.

Oleh itu cara terbaik untuk mengatasi masalah wang hantaran tinggi ini ialah dengan kembali kepada ajaran agama.

Hantaran dimaksudkan sebagai hadiah daripada suami kepada isteri dan juga hadiah daripada isteri kepada suami, iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan perkahwinan itu. Hantaran tidak wajib tetapi mengikut hukum adat hukumnya harus.

Manakala mas kahwin disebut sebagai mahar adalah hak/harta isteri yang wajib suami serahkan kepada isteri untuk menghalalkan pernikahan antara keduanya.

Maka Islam sendiri menerangkan apa yang perlu diutamakan dalam sesebuah perkahwinan iaitu mas kahwin dan bukannya wang hantaran. Tetapi kerana kepercayaan masyarakat kita yang terlalu berpegang pada adat maka kita lebih mengutamakan wang hantaran yang tinggi daripada kesempurnaan majlis akad nikah.

Stigma inilah yang perlu diubah oleh masyarakat. Bukan bermaksud untuk menidakkan kepentingan wang hantaran perkahwinan ini namun ia perlulah sekadar termampu dan paling penting keikhlasan.

Ia perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan tidak membazir semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada orang keliling. Perbuatan sebegini hanya menambahkan lagi dosa kita.

Wang hantaran sememangnya menjadi tanggungjawab pihak lelaki untuk dipenuhi dan jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia umpama persediaan awal seseorang bakal suami untuk menanggung tanggungjawab sebelum memulakan kehidupan berkeluarga.

Pastinya usaha mengumpul wang hantaran ini mampu mengajar tanggungjawab sebenar si lelaki sebelum bergelar suami yang bakal menanggung isteri dan bakal anak-anak.

Satu lagi ia pasti turut mengajar mereka bahawa bukan senang hendak berkahwin dan melamar anak dara orang.

oleh itu jika pada masa depan mungkin terlintas di hati hendak menambah isteri lagi, mungkin mereka akan berfikir lima enam kali, betapa peritnya satu ketika dulu 'mengikat perut' hendak mengumpul wang dan berhutang sebelum akhirnya mampu berkahwin.

Saturday, June 13, 2009

Menjejaki Hang Jebat

Perjalanan melebihi 120km ke Melaka Bandaraya Bersejarah tiada kaitan dengan tajuk di atas.
Untuk memenuhi undangan walimatul urus Brother Helmy Rizal dengan pasangannya di Kg. Pernu . Bertolak jam 9.20am, alhamdulillah tiba dengan selamat ketempat kenduri tanpa sesat...


Port yang 'baik punyer' untuk parking

Rombongan dari KL, Syah, Hazman dan Faiz lesap

Model Replika rumah Melaka

Model Rumah Melaka

Lauk kenduri yang marvellous

kari tulang, look at gear box

khusyu'

Pn. Mas and her baby, Mohd Mizan, selepas 1 1/2 tahun di Aussie

NSC memang xder bakat nak jadi bapak


Pic pengantin nan ado...huhu

Saturday, March 14, 2009

Suharni + Shafizan (Sue + Matjan)

Musim Cuti Sekolah =Musim kenduri kawen
Bulan ni ntah berapa kali pergi kenduri kawen last weekend ke Perlis and this weekend plak ke Kedah....my ex housematte kawen. Suharni dan Shafizan a.k.a Mat Jan yang juga sorang blogger dan editor di PTS. Tempat kenduri kat Pendang, kirenya 2nd time aku datang Pendang. 1st time mase majlis pertunangan Zai dulu.

Makan dulu..wif Mama Mirfat yang very understanding
Nasik hujan panas..1st time makan.

Bubur kacang + jagung

Kerepek Ubi Pedas

Mirfat dengan pengantin. ..

Pengantin vogue make up oleh cikwanie

Pelamin dan hiasan bilik tido pun dari butik yang sama sama gak

Sue dan Matjan
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Betapa pendeknye aku ngan mifrat di samping pengantin.huhu

Hantaran pihak perempuan

Hantaran Pihak lelaki

Pose sebelum balik

Dah abes citer hari sabtu...besok ada kenduri len plak. xsempat nak jumpa Zai..