Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Adik Aku Kawin lagi...


Kalau dah jodoh...

kiter hanya merancang, Allah jua yang menentukan...jodoh pertama tak berkekalan, semoga jodoh kedua ini berkekalan hingga ke akhir hayat...

offline for 1 week, Cikgu cuti sekolah, I pun nak cuti juga...tak kira...huhuhu, sepanjang cuti sekolah seminggu, ada lebih kurang 7 jemputan kenduri kawen, kat Kelantan, kenduri xmengira hari, asalkan cuti sekolah, gasaklah engkau, isnin ker, selasa ke...saper nak peduli...

Tuesday, November 2, 2010

Musim Bah

Musim Bah telah tiba…..musim untuk ber ‘hibernate’ :D

Ubi rebus…ikan masin…ikan sepat…biskut kering… minuman panas…kucing menjadi kurus

akan kembali lagi….tapi hampir 11 tahun dah xmerasai nikmat musim bah,

kat kampung kami…enjoy…sebab xdinaiki air…bagi kawasan yang dinaiki air…seksa beb…kena berpindah ke kawasan tinggi (biasanya berpindah ke sekolah2 yang terselamat dinaiki air) . Nasi kawah dan sardin menjadi santapan utama…tapi itulah nikmat dari hukum alam..

bila terbaca status FB dari seorang member yang bertugas di sekolah yang berhampiran dengan rumah, ke sekolah dengan memakai selipar ‘jepun’..baru teringat...MUSIM BAH dah tiba...

hehehehe......


gambar dari FB beliau


SK Seri Kemudi


xjauh dari rumah ku... huhuhu

Saturday, October 30, 2010

KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010


Thank you Allah....

Berpuluh tahun menantikan saat ini
Kelantan Mencipta Sejarah............

I'm crying....... (T_T)

Friday, December 11, 2009

Balik Kampung lagi..................!


I OTW going back to my home town now... (auto published)
ini adalah untuk kali yang ke 2 balik kampung pada bulan ni...
huhu ...
gawat..! gawat ..!

P/s : akhir bulan ni balik lagi...yuhuuuuuuu!

Saturday, December 5, 2009

Busy!!!!!!!


Busy..! Busy..! Busy..!
untill end of this year!

Sunday, August 30, 2009

Look Like Busy

hurmmm....seminggu sekali update..... dengan kondisi 'too much work, too little time' jangan termuntah yer kengkawan.. gigih jugak nak update hari ni...dah agak basi..tapi nak story juga...

sesi rakaman masih belum habis... part yang paling 'best', rakaman ucapan raya, first time in my life..hahaha..jakun giller nak beraksi depan Kamera, patutlah xjadi artis, nak buat ucapan raya pun kena ulang 2-3 kali... bukan senang wooo...tak caya try...mase praktis cool jer...ble camera dah on...menggelabah monyet....hwaaaa

Kak Na...steady jer...

En. Zul


Calvin Woo..Final year student

Cik Eisha..our tutor

Cik Aini... tersasul untuk Family yang berada di Perlis (padahal dok kat dengkil...Perlis tu Tok jer..jangan marah yeeer..haha)


Selepas rakaman, berkejar untuk perlawanan Futsal Inter Department.... kami kalah, xper tahun depan cuba lagi

Huda mcgyver

team yang best.. pengadil naik pening tak tahu nak bezakan yang mana satu team lawan

Sambungan sesi rakaman. Make up artis...Bro. Helmy sedang dimake up

Interview dengan our Dean ..Assoc. Prof. Mohd Hamdi Shukor

Sesi refreshment, 3 hari berturut-turut dijamu dengan goreng pisang, goreng cempedak dan Cokodok... (sesi menambah kolesterol dalam badan)

NSC sedang ditouch up

Outdoor shooting


Jumaat plak kena mengiringi 'My Boss' ke KKM, separuh hari di sana.. (pic I yang Baju Biru kat Slide)


Tak kire...nak gak posing..walaupun badan sebesar almari 3 pintu..huhu

Berhadapan dengan Block E7, Putrajaya


dengan bantuan En. Zul, Penolong Pegawai Sains yang bertindak sebagai Pemandu kiterang..inilah keunikan Universiti Malaya...kalo kat mana2 Kementerian...'haram' Gred C29 nak tolong jadi Driver.


Selepas Maghrib, terus ke Rawang ... ambil my youngest brother, nak balik kampung..dengan heavy traffic jam...hampir 1 jam baru sampai ke Rawang...On the way ke Rawang.. My Cousin Plak SMS, nak tumpang balik sekali....hangin tul..mase tanya tak nak balik..My Brother yang lembut hati itu sanggup drive patah balik ke Taman Bukit Angkasa .... penat giller weiii...

Alhamdulillah...sempat bersahur dikampung halaman ....

wajah kesayangan hamba..selepas 3 bulan tak balik kampung

Ahad Malam, bertolak semula ke KL, ingat nak EL, kesian kat Final year student yang buat project thesis..gigihlaaa datang gak... hantar derang ke KKM, Putrajaya again ...


Penat seh....tapi heran..berat tak mau gak turun2...lemak tepu betullah....

Hurmm... rasa2nya kalo apply kerja pengurus Artis.. Bley ker???

Saturday, June 6, 2009

Bachok - KL 16 hours!!!!!

Part III
Kenderaan dah mula bergerak
mula stuck : jam 1:30 pm
Kenderaan mula bergerak: jam 6.35 pm

dari Bukit 2
tempat kejadian di Bukit 5 (mengikut kata orang ramai)

Dah nampak

Punca Kejadian

Na'uzubillah

ingatkan jam dah habis...rupanya masih teruk

punca yang ke 2, lori kehabisan minyak

Akhirnya...sampai di KL hampir jam 1am

Bachok - KL 16 hours!!!!!

Part II
1st time potong Q, follow my cousin

sila click pic untuk imej yang lebih jelas

Langit yang indah, tak seindah perjalanan kami


Bersantai dengan hati yang 'panas'
kebanyakan daripada mereka yang adalah rombongan pengantin (pihak lelaki) yang akan menghadiri majlis perkahwinan pada keesokan hari

Kren yang ke 2, 

jalan raya dah jadi 3 lane

nasib baik kat sini 'port'  agak teduh..masa nilah bekalan makanan kiterang kehabisan, Air mineral pun dah tinggal nyawa2 ikan. Ada sorang makcik tu siap membahagikan bekalan yang dibawanya kepada orang ramai. semoga Allah membalas kebaikan makcik. Mase ni kalo tak silap dah jam 5.30pm
Sesak



Bachok - KL 16 hours!!!!!

Part 1

Tiru tajuk Teacher Sally..hehe..xper kan Teacher?
cerita semalam, bertolak dari rumah (Bachok) sekitar jam 9am. 2nd time perjalanan siang, biasanya suka bertolak selepas Isya' sampai kat laluan ke Bukit tujuh, masa ni kat Bukit satu Kot jalan dah start jam, masa ni jam 1.40pm kenderaan langsung tidak bergerak, pastu adalah hamba Allah yang berpatah balik mengatakan ada kemalangan lori kontena yang mengisi muatan kotak terbalik di Bukit 5 telah merentangi jalan sejak jam 5am, 

memandangkan kenderaan langsung tak bergerak dan ada yang telah berpatah balik, kami telah buat keputusan untuk berhenti di bahu jalan. untuk berpatah balik adalah mustahil sama sekali

kenderaan yang berpatah balik

Nasib baiklah ada sepohon pokok yang boleh dibuat tempat berteduh. Kebanyakan yang berhenti membawa anak kecil, kesian, panas terik dan tak selesa. 

tiada tempat untuk berteduh, terpaksa berteduh di bawah payung

jam 3++pm keadaan makin panas. Dapat khabar angin yang mengatakan bahawa lori telah dapat dialihkan, hanya kenderaan ringan saja dapat lalu..so, aku nekad untuk meredah jam, nasib baik kete kecik..first time potong Q, tak tahan berpanas kat sini

tiada tempat berteduh

Tuesday, May 5, 2009

Jawatan Kosong..


Rasa nak resign hari ni juga...

Tapi....

saper nak bayarkan loan kete bulan???????????

Saturday, March 28, 2009

Aqiqah dan Cukur Jambul

Makciknyer terpaksa balik dengan bas, 
sebab hari yang sama harus kembali semula ke KL, Rush Hour giller, penat tak hengat dunia...len kali pesanan kepada kawan2, kalo nak balik kampung tu...janganler pilih seat yang belakang sekali..huhu.

balik kampung demi meraikan kelahiran anak sedara baru, kebetulan buat majlis kenduri aqiqah dan cukur jambul, xsempat nak snap banyak2 pic

Bunga telur...khas dari Pasar Chow Kit

Juadah (Cuba teka lauk apa agaknyer tu? kire kuiz gak neh)

Ahmad Haziq Zikry Bin Ahmad Fahmee

Sebelum dibotak kan

belah mulut oleh Ayah Long..InsyaAllah semoga menjadi anak yang soleh..