Sunday, April 12, 2009

Rusuhan Penonton-Pelajar Buta Mata Sebelah


Kasih ibu... Mohammad Huzaifah Mohd Noor baru berusia 18 tahun dan masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu. Remaja dari Kedai Lalat, Kota Bharu ini sering membantu sepupunya, Abdul Rahman Hussein, berniaga minuman di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV setiap kali perlawanan bola sepak bagi mencari duit poket untuk dibuat belanja harian. Malam Selasa lalu adalah detik hitam dalam hidupnya. Masa depannya kini gelap… segelap pandangannya sebelah matanya yang disahkan buta kerana dipercayai terkena serpihan kelonsong dari gas pemedih mata yang dilepaskan polis bagi menyuraikan rusuhan penonton di luar stadium itu. Ketika itu, dia sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat perusuh membakar motosikal dan kenderaan polis selepas perlawanan antara Kelantan dengan Negeri Sembilan. Semasa bersiap untuk pulang, tiba-tiba satu objek dipercayai serpihan kelonsong itu melayang laju dan menembusi mata kanannya. Pandangannya menjadi gelap… dia kemudian rebah dan berada dalam keadaan separuh sedar sebelum dipapah ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Namun segalanya sudah terlambat… pembedahan yang dijalankan selama 6 jam masih tidak mampu menyelamatkan sebelah deria penglihatannya itu. Ibunya, Kamariah Hussin, 60, hanya mampu menangis… menangis kerana mengenangkan nasib dan masa depan anak tersayang… http://mywanfai.wordpress.com/2009/04/0 ... elah-mata/

9 comments:

Mohd Naim said...

bodoh la..kalah bola pun nak merusuh ka ?? siap bakar trak polis lagi...tengok..dah buta mata sorang budak melayu..geram betul la aku dgn org yg xde otak nie..sikit2 nak merusuh..sikit2 nak merusuh...

lama2 jadi macam thailand...anti thaksin murusuh..kemudian lantik pm baru..penyokong thaksin merusuk pulak...turun pm tu, ganti pm pro thaksin...pastu anti thaksin merusuh lagi..naik pulak pm anti thaksin...sampai bila pun xabes macam tu...

faraulah said...

En. Naim,

apesal lately emo sangat neh?...

Mohd Naim said...

hahaha...entah la...nak wat macam mana, kalau kena topik yg membuatkan saya emo..saya emo la...but just in the net..dalam dunia nyata..i'm still naim that u know...

aza ni said...

assalamualaikum
ye kadangkadang apa yang menimpa kita rasa tak patut, tapi saya percaya apa yang berlaku adalah kehendak Yang Maha Kuasa.Semoga ibu dan anak tersebut tabah menghadapinya.

faraulah said...

ada hikmah di sebalik apa yang berlaku... Wallahua'lam

faraulah said...

En. Naim,

Sila semak semula fakta kes
punca kekecohan ini berlaku...harap anda akan faham nanti

Mohd Naim said...

apa puncanya ? selain dari penyokong tak puas hati dengan tindakan pegurusan pasukan yg menggantung penjaga gol yg samseng atas padang tu ?

faraulah said...

En. Naim,

Punca nyer.. seorang penonton telah dibelasah oleh polis kerana dituduh membaling botol, padahal beliau tidak berbuat demikian, beliau terus dibelasah dan rayuannya tidak dihiraukan..
http://mohdzawi.blogspot.com/

Mohd Naim said...

ooo..macam tu ke...tapi itu bukanya alasan utk bakar trak polis...patut pukul balik la polis yg belasah tu..trak polis tu hak kerajaan..ia dibeli dgn wang rakyat...bakar trak polis tu umpama bakar wang rakyat la....

lain kali ambil video polis yg belasah tu..report kat biro pengaduan awam..kalau xdapat respon jugak...upload ke youtube...bukanya bakar wang rakyat macam tu.....