Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Ucapan Selamat Hari Guru

kepada adik beradik
 Kak Wae, Abe Long, Kak Na (kakak Ipar) Abe Cik 

Bekas-bekas Cikgu
SK Pak Pura (1985-1990)
SMU (A) Amin Indra Petra (1990-1997)
SMK (A) Falahiah (1997-1998)
Universiti Malaya (2000-2003)

kawan-kawan dan semua guru-guru

Moga sinar kalian terus menerangi setiap anak bangsa

Bad Teacher complains, good teacher explains. Better teacher demonstartes, best teacher motivates, great teacher inspires. 

hari ini adalah hari terakhir untuk program pertukaran pelajar dari Inje UniversitY, Korea. Flight Jam 11pm tadi..so pagi tadi ada sedikit Farewell Party untuk mereka, masa ni  kami belum sampai, kuar lewat, masa sampai kat department, depa sumer dah abis makan, kejadian di bawah  ni sebelum kami sampai, pic cilok dari blog Eish

Penghormatan Terakhir untuk 'guru'

sayonara....


No comments: