Monday, November 10, 2014

Gubahan Sireh Junjung



Menerima Tempahan Gubahan Hantaran mengikut budget Anda :)

BERMINAT SILA WASSAP/SMS SAYA :016-9304486 Enas

Hand Bouquet Fresh Flower



Menerima Tempahan Gubahan Hantaran mengikut budget Anda :)

BERMINAT SILA WASSAP/SMS SAYA :016-9304486 Enas

Gubahan Hantaran Fresh Flower ~ White theme












Menerima Tempahan Gubahan Hantaran mengikut budget Anda :)

BERMINAT SILA wassap/SMS SAYA :016-9304486 Enas

Sunday, November 9, 2014

Gubahan Coklat untuk Hantaran






Berminat dengan hasil kerja saya? sedia menerima tempahan mengikut budget dari Anda sms/wassap m0126379857 ~ Enas

Wednesday, October 29, 2014

Monday, October 27, 2014

Delectable by Su


1st time makan cake ni....sangat sedap, jakun kann..hihihi, padahal selalu jer tengok kat tepi eskalator The Garden. more info  SINI. Raha yang perkenalkan kek ni, Yang ni Chocolate Strawberry tiered . most recommended.  Fine and nice with reasonable price

Resepi Nasi Kerabu



Seronok dapat berkongsi ilmu, walaupun ilmu xsetinggi mana, ntah kali ke berapa menurunkan ilmu pada kawan2..Alhamdulillah, siap memasak bersama. Hasilnya dikongsi dengan student2..licin, bangga jap tengok budak2 ni makan dengan berselera.

Sunday, October 26, 2014

Housemate Wanted ..!

Alahai...!

cubaan hidup, dapat housemate yang bermasalah. Semoga Allah mengantikan dengan Housemate yang 100x lebih baik..Amiin!


Saturday, October 25, 2014

BILIK UNTUK DISEWA KEMASUKAN NOVEMBER 2014

BILIK UNTUK DISEWA~MUSLIMAH SAHAJA ~ urgent kemasukan November 2014

Lokasi -Ss4B/12 Kelana Jaya
berdekatan dengan LRT, Giant, Paradign Mall

Bilik tengah

Sewa bulanan RM500 termasuk bil api, air, astro

Sewa 2+1+100 (utilities)
Boleh memasak

~muslimah yang bekerjaya
~pembersih

Berminat - boleh hubungi saya :Enas 016-9304486



Friday, June 20, 2014

Kenaikan Pangkat Profesor


Tahun ni 6 orang kakitangan akademik dari fakulti kejuruteraan UM  naik pangkat, Tahniah untuk mereka

* Prof Dr. P. Raveendran
* Prof Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor
* Prof Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman
* Prof Dr. Hamzah Arof
* Prof  Madya Dr. Rozita Yusoff
* Prof Madya Dr. Ngoh Gek Cheng

seperti biasa, acara wajib bagi orang yang naik pangkat, belanja staff makan2, nasib baik ramai, kalau tak kopak :D
 Table setting sendiri buat..

TQ En. Halim tolong arrange meja dan kerusi untuk jamuan, jimat duit tak payah sewa kat luar.



Wednesday, June 18, 2014

I'm Back...!

Salam kengkawan..!

eh ada yang baca ke? ekekeke
i'm back after almost 2 years menyepi.....! masih seperti dulu, single and available...growing old and wiser, lol

masih di office ketika catatan ini ditulis, need to complete 6 copies of Curriculum review document....sigh

to be continue....

Wednesday, October 3, 2012

UM 2012 Convocation


Hari ni hari ke 3 Pesta Konvokesyen Universiti Malaya dan juga merupakan kali yang ke 13 dalam hidup ini menyaksikan acara gilang gemilang ini. um merupakan kilang pengeluar 'manusia' yang tertua di malaysia.


gambar di atas bukanlah gambar majlis konvokesyen kat UM, tapi kat cambodia school of prosthetic & orthotics, 2 orang staf dari jabatan kami dah habis belajar.

agak-agaknya aku plak bila nak abis (master) ni??...huhuhu

Tuesday, October 2, 2012

Subhanallah....!

dah setahun lebih rupanya halam ini tak ada coretan.....

Akhirnya ...

hari ni, tika dan saat ini, mengigihkan diri untuk menulis sepatah dua kata untuk catatan diri.. semuga  hari ini menjadi permulaan semula setelah sekian lama menyepi.... InsyaAllah

Friday, September 30, 2011

Jamuan Raya Department.....


Semalam 29 Oct. 2011 jamuan raya department, seperti biasa I kena jadi Host lagi...order mestilah ikut selera tekak sendiri, tapi satu pun tak berkesempatan nak makan, cuma teguk air jer bergelas-gelas. Penat xsah citer... tapi xper, puas hati!

Kad jemputan paling kreatif yang pernah dihasilkan...puji diri sendiri...anyway TQ Din, kerana membantu untuk design...

Gambar jamuan will update later .......... :D

Wednesday, September 28, 2011

Hampir 3 Purnama

alahai...............

hampir 3 bulan tak membersihkan halaman ini, jenguk-jenguk, tapi tak meninggalkan jejak, otak tepu, sudah lah kurang membaca, inikan pula menulis.

Benarlah kata Promoedya Ananta Toer

"orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang dari masyarakat dan sejarah"

akan cuba sedaya upaya.. InsyaAllah

Wednesday, June 29, 2011

BIOMED2011



Telah melabuhkan tirainya.. International Conference yang dianjurkan oleh tempat kerja. Conference 2 tahun sekali ini telah dibuat di Berjaya Time Square Hotel..

Alhamdulillah, everything going smoothly.. tapi personally, kalau nak dibandingkan dengan BIOMED2008, rasanya lagi lebih meriah, dari semua aspek :)

Jangan marah yer committee yang pilih tempat...

BIOMED2014 masih ada lagi,


Gambar kat atas ini merupakan view dari bilik hotel tingkat 27 tempat menginap, Penjara Pudu.
Jelas dari bilik hotel, cuma kualiti gambar kurang baik, almaklumlah, guna camera phone cap ayam jer..

tak nampak pula bahagian yang dirobohkan, keadaan agak sedikit menyeramkan...huhuhu, kalau diberi RM100 suruh bermalam kat sana, pun aku xmau!

Tuesday, June 28, 2011

Hectic!


Assalamualaikum...i'm back, almost 2 month menyepi.... sibuk dengan tugasan hakiki, personnel matters, family matters....hurm kalau nak diikutkan kerja, sampai ke akhir nyawa pun tak habis...

InsyaAllah, selepas ini kena istiqamah dalam setiap apa yang dilakukan... :)

to be continue.... mau balik rumah sudah!

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day


"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana."

Saturday, May 7, 2011

Sup Gear Box

kisah minggu lepas, tapi ingin juga berkongsi dengan semua, lantaran cuti panjang weekend + labor day, so... kat rumah xkemana, terpaksalah merajinkan diri untuk memasak, kebetulan sepupu balik kek kampung, siap buat pesanan, bawa kaki lembu, hehehehe
rasa-rasanya xpernah lagi orang bawak kaki lembu menaiki bas KB - KL,

mengidam sup gear box home made sekian lama, alhamdulillah, dapat juga, bukan setakat kaki lembu, perut muda turut dikirim oleh keluarga tercinta..


Hidangan 1 Mei 2011

Sup kaki masih dalam periuk


Perut Muda (usus) ada bran???


Makan nasi bertambah, terpaksalah jogging pada sebelah petangnya, dengan harapan dapat membakar segala lemak dan kalori yang dimakan

Key Performance Indicator

I'm Back!......

Pening sampai tak tahu nak beza, mana yang penting dan segera, atau penting tapi tak segera, almost 3 week langsung tak menyapu habuk, cuma singgah sekali sekala... tetamu berkunjung semakin kurang lantaran ketiadaan tuan rumah... :D


lately susah nak tido, Insomnia kot, tido pun terbawa-bawa ke dalam mimpi, KPI, due date,...huhuhu, last thursday, semua kakitangan dikerah ke Dewan Kuliah, duduk dibangku pelajar mendengar 'future plan' dari Datuk Naib Canselor untuk organisasi kami..


waduh, gawat sekali..... Selamat Mengejar KPI masing-masing