Monday, March 7, 2011

Pesta Pantun Bestari


Semalam after dinner dengan geng-geng JJCM, sempat menyinggah di Dewan tunku Canselor, bagi memberi sokongan moral kepada sebuah program yang dianjurkan oleh student2 dari Kolej Kediaman Ke 4, PESTA PANTUN BESTARI, Peringkat Akhir!

Syabas dan Tahniah kepada adik-adik dari Kolej Kediaman ke 4, atas penganjuran Pesta Pantun Bestari kali yang ke 4, (kalau tak silap). penganjuran yang agak gilang gemilang, teringat semasa zaman belajar dulu...giler berprojek...


Pantang ada 'projek' xkira lah 'projek' anak Negeri, Persatuan di Fakulti, 'Projek' kolej...hurm...semuanya masuk.... semua itu adalah kenangan terindah bila berada di menara gading.

pic pinjam dari sini, almaklumlah xder camera canggih macam budak2 sekarang ni... semua dok usung DSLR...jeles achik tengok, kat manah tak tau depa dapat duit... kaya bebenor!



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (tiga kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM2,000 kepada peserta dari Universiti Sains Malaysia setelah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Akhir Pesta Pantun Bestari 2011.



Naib Johan -IIUM

Tempat Ke 3 - Unimap


Pemantu Terbaik - Nurul Syazliana USM


Pasukan dari MAS yang memenangi Busana terbaik..(Busana dah bertukar)



Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya

Pertandingan berbalas pantun antara institusi pengajian tinggi. Dianjurkan oleh Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya setiap tahun sejak 2008

Tarikh:
3 Mac 2011 - Makan Malam Pengenalan
4 - 6 Mac 2011 - Saringan, suku akhir, separuh akhir, ketiga & keempat
6 Mac 2011 - Pertandingan akhir

Tempat:
Saringan, suku akhir, separuh akhir, ketiga & keempat - Kolej Kediaman Keempat
Akhir dan Penutup - Dewan Tunku Canselor

HADIAH YANG DITAWARKAN:

TEMPAT PERTAMA:
Wang tunai RM 2000 + piala pusingan + piala iringan + sijil + cenderamata

TEMPAT KEDUA:
Wang tunai RM 1600 + piala iringan + sijil + cenderamata

TEMPAT KETIGA:
Wang tunai RM 1200 + piala iringan + sijil + cenderamata

BUSANA TERBAIK (KUMPULAN):
Wang tunai RM 400 + sijil + cenderamata

PEMANTUN TERBAIK (INDIVIDU):
Wang tunai RM 200 + sijil + cenderamata

PEMANTUN POPULAR (INDIVIDU):
Wang tunai RM 100 + sijil + cenderamata

No comments: