Thursday, May 28, 2009

Bangunan Runtuh - Jaya Supermarket



28/05/2009 9:22pm.

PETALING JAYA 28 Mei – Operasi mencari dan mengesan enam mangsa yang tertimbus dalam runtuhan pusat beli belah Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini masih diteruskan sehingga malam ini.

Sehingga pukul 9 malam ini, seorang buruh warga Indonesia yang meninggal dunia dalam runtuhan itu dikenali sebagai Maskor, 28.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Suriono, 31, dan Salleh, 48. Suriono kini dirawat di Wad Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala Salleh dirawat sebagai pesakit luar.

Ketika kejadian, dianggarkan terdapat 20 hingga 30 orang pekerja warga Indonesia berada di bangunan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan kren serta jentera untuk memantau runtuhan kecil di tapak bangunan enam tingkat itu.

“Pasukan mencari dan menyelamat hanya akan memasuki kawasan bencana setelah keadaan disahkan selamat,” katanya. – Utusan


I was Shocking......

satu ketika dulu inilah tempat Aku membeli barang2 keperluan , tempat makan, membeli buku-buku dan alat tulis di kedai Buku Popular, makan steamboat kat Johny's


7 comments:

AZANI said...

ini kompkeks asiajaya dulu tu kan?eh ini tempat biasa saya lepak.

faraulah said...

En. Azani,

Tu laa....

xsangka betul

wawa pucca said...

eh yeke

ayo
hilang kenangan ku dating2 dlu

faraulah said...

Cik Wawa,

memang...

tempat ni penuh dengan nostalgia

zaman study dlu..

huhu...

TenderBlush said...

sorry to splurge in out of nowhere but yeaaaaaaaaah i got shocked too at first!because i kinda live nearby, just like 5mins away!perghhh..its sooo scary!but come to think about it kan, i think the way how the building boleh collapsed is tak masuk akal. All along, eVERYONE knew when a building is on a construction, it's a stupid move to get 4 heavy machinery to be inside the building! and if tgk the pictures closely, all the machines are placed in a position such it is meant to be like that so that it will cracked the foundation of the building..i seriously believe they did it for the purpose of claiming insurance.

Juuuuuust a point of view :) hehe

syahidatul said...

banyak kenangan Jaya Supermarket ni.

Tempat shopping dan jalan2 waktu takde MidVal, KLCC dan One Utama dulu. huhu

Mohd Naim said...

trigat kenangan kita makan steam boat sempena perpisahan kak mas dulu...