Sunday, February 13, 2011

Telur @ Telor ?


Kalau dulu di zaman kanak-kanak, telur kenduri menjadi rebutan di antara adik beradik, sampaikan emak akan merebus semula telur-telur yang ada kat rumahu ntuk memastikan semua mendapat bahagian masing-masing, tapi rasanya tetap tak sama dengan telur kenduri...sajer jer padahal...rasa telur rebus tetap sama.... :D

Zaman sudah berubah...jarang Majlis kenduri Kawin sekarang membahagikan telur rebus kepada tetamu...adat orang-orang tua yang mangatakan telur adalah simbolik kepada 'kesuburan' ......

tapi tak bagi telur pun subur gak....opssssssss.. :P


ini adalah telur-telur yang dapat semasa kenduri siang tadi, sorang sebiji, tapi budak-budak ni semuanya tak suka telur rebus...rezeki I lah...lusa akan jadi sambal telur ngan nasik lemak :D

No comments: