Thursday, December 16, 2010

Kejamnya Dunia..! (T_T)

Budak 4 Tahun, 3 Hari Disisi Mayat Ibu

Sedih bila mengenangkan nasib anak kecil ini ….. ingatkan hidup di bandar besar je masing-masing menjaga hal sendiri..rupanya tidak….oh Dunia!

Mangsa dipercayai dibunuh tiga hari lalu

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui dalam keadaan letih, kelaparan dan tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang dipercayai dibunuh tiga hari lalu di rumah sewa mereka di Jalan Hua Kee di sini, petang semalam.

Kanak-kanak itu dikatakan tidak makan dan minum dalam tempoh berkenaan selepas ibunya yang berusia 34 tahun mati.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata mayat mangsa yang juga seorang ibu tunggal ditemui tuan rumah itu yang datang untuk mengutip sewa kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Beliau berkata, tuan rumah itu mengesyaki sesuatu selepas panggilannya di pintu rumah beberapa kali tidak dijawab, selain terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan.

“Polis yang menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke rumah itu dan menemui mayat mangsa yang sudah berbau di atas katil di dalam bilik rumah berkenaan.

“Anak mangsa pula ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan kerana dipercayai tidak makan dan minum sejak tiga hari lalu. Ketika ditemui dia duduk lesu di sebelah mayat ibunya,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Zamani berkata, hasil pemeriksaan awal pihaknya menemui kesan kecederaan di kepala mangsa dipercayai akibat tikaman benda tajam.

Berikutan penemuan mayat wanita yang berasal dari bandar Sibu itu, polis menahan bekas suaminya di sekitar bandar Sibu kira-kira jam 4.30 petang semalam, untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Anak mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sibu dan polis masih menyiasat untuk mengenalpasti punca wanita itu dibunuh,” katanya.

2 comments:

fairuspeng said...

3 hari baru orang sebelah perasan.. huhu.. teruknya...

tiba-tiba takut... dah la dok sorang sekarang...

faraulah said...

Peng:..itulah pasal..menakutkan..
xdapat housemate lagi ker???..dah ler umah ko yang paling hujung sekali...huhuhu