Saturday, November 20, 2010

Solok Lada



Petang Aidil Adha tu pegi jalan-jalan kat MV..cool kan beraya kat KL ni… hari raya lepak kat MegaMall….kalau kat Kg., mau kena pelangkung…huhuhu Kat MV sale di sana sini, tapi masih mampu mengawal diri akibat kena bayar gas yang terlampau mahal itu…. Semasa merayap kat bahagian supermarket Jusco…ternampaklah cili hijau …1st time jumpa kat KL…kalau tidak memang susah nak jumpa cili besar kaler ni..kat Kelantan Solok Lada hanya dibuat menggunakan cili besar yang kaler hijau muda..bukat hijau tua…inilah cili yang original untuk solok lada….. (mood rindu masakan Solok Lada)

Solok Lada

Cara-cara menyediakan solok lada

Bahan-bahan:

10 biji lada solok (buang biji dan bersihkan)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 hiris halia (ditumbuk)
10 biji lada hitam (ditumbuk)
5 ekor ikan tamban atau sardin yang telah dipanggang atau direbus (dibuang tulang dan tumbuk)
½ biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
½ cawan santan pekat
½ cawan santan cair
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit Ajinomoto (pilihan)


Cara-cara:

Semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi hendaklah digaul dan ditumbuk semuanya. Setelah sebati gaulkan dengan kelapa parut. Kemudian masukkan sedikit garam, gula, ajinomoto dan setengah cawan santan pekat. Gaul rata-rata dan sumbat ke dalam lada.
Kemudian masukkan lada tadi ke dalam periuk. Masukkan setengah cawan santan cair lalu dimasakkan di atas api lebih kurang 10 hingga 15 minit.

SOLOK LADA

(yang sudah masak)

No comments: