Tuesday, December 8, 2009

Lagi kisah kereta terbang


Samdul betuiii laaa...

Saya tak tahu memandu

Oleh Fazurawati Che Lah dan Paya Linda Yahya
bhkb@bharian.com.my

KOTA BHARU: Nurul Ain Said tidak menyangka hasrat membeli alat tulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kereta yang dikendalikannya terjunam dari ruang meletak kereta kompleks beli-belah KB Mall, petang kelmarin, menyebabkan dua penuntut kejururawatan terbunuh.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, dekat sini berkata, dia hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan terbayang saat kematian apabila kereta itu terbabas merempuh tembok penghadang lalu menjunam dari tingkat tiga ke aras bawah kompleks itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.

“Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal,” katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.


Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.

“Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear.

“Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.

“Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh,” katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.

Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.

“Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital,” katanya.

8 comments:

Mummy Dasy said...

Mmg samdol

rabia-adawiah musa said...

abang die sengal gak kan??

faraulah said...

Sue,

tu lah pasal...tak tau nak cakap apa..

faraulah said...

Biah,

Wallahua'lam.

aza ni said...

salam faraulah,
rasanya kalau ada jump start cable mungkin tak perlu tolak kereta tu, tapi apa nak kata...dah terjadi..

faraulah said...

Salam En. Azni,

mungkin juga, setelah terantuk baru nak tengadah!

nn said...

isy. isy. abang angkat bongok gila dah lah lepas tu lari cam tu ja. bodoh!

faraulah said...

nn,
thanks kerana sudi singgah, salam perkenalan, kalau nak dinilai mengikut cerita2, abang angkat tu yg patut kena ketuk dulu!