Tuesday, October 27, 2009

Freeze for Earth

Since dah jadi warga Pusat Dialog Peradaban, automatik akan terlibat secara langsung dengan UNESCO club UM. pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) Unesco Club UM dan UM Cares. Program ini telah diadakan di KL Sentral dan KLCC.

Kalo readers nak tahu aper itu freeze for Earth atau 350 boleh klik di sini...

Merujuk kepada pendapat saintis bahawa 350 ppm adalah kadar selamat jumlah karbon dioksida di atmosfera.Kajian ke atas kepekatan bahan pencemaran gas di udara persekitaran di Lembah Klang menunjukkan bahawa tahap sulfur dioksid dan nitrogen dioksid adalah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Malaysia iaitu masing-masing 350 ug/m3 dan 320 ug/m3 sejam. Paras ozon yang disukat di pusat bandaraya Kuala Lumpur kadangkala melebihi nilai 200 ug/m3 sejam. Paras karbon monoksid di pusat bandaraya pula adalah agak tinggi iaitu melebihi 35 ug/m3 sejam. Penemuan di atas juga menunjukkan bahawa paras sulfur dioksid, nitrogen dioksid dan karbon monoksid di kawasan-kawasan kediaman adalah dalam lingkungan yang memuaskan.


Apa itu masalah perubahan iklim?

Perubahan iklim berlaku apabila gas rumah hijau dilepaskan ke atmosfera dan gas utama yang dilepaskan ialah karbon dioksida, metana dan nitrogen oksida.

Gas-gas ini berfungsi menyerap radiasi solar dan menyebabkan bumi kian panas.

Aktiviti melepaskan gas-gas ini ke udara ini berlakun di sekeliling kita apabila kita membuka lampu, memasak, menggunakan pemanas dan pendingin hawa.

Apabila kegiatan ini meningkat keterlaluan, ia boleh mengancam manusia itu sendiri tanpa mengira siapa.

Sebab itu rungutan cuaca semakin panas ini kian kedengaran.

Manusia tidak akan bermasalah secara mengejut apabila suhu di atmosfera meningkat melebihi 350 ppm.

Tetapi, ia boleh mengancam manusia pada jangka masa yang panjang. Mengikut unjuran, cuaca dunia meningkat 0.7 darjah celcius sejak abad ke-19 di mana pada tahun 2100, peningkatan boleh menjangkau sebanyak tambahan 1.8 darjah celcius kepada 4 darjah celcius sekiranya tidak ada tindakan-tindakan penting diambil.

Perubahan iklim yang melampau lambat laun mengancam manusia kerana akses kepada makanan, air dan tanah akan menjadi terhad.

Negara-negara yang bergantung tinggi kepada sektor pertanian lebih terancam kerana perubahan cuaca, hujan dan banjir. Kualiti air dan makanan juga akan berbeza.

Dari 1970-an sehingga tahun 2005, data di UNICEF menunjukkan peningkatan sebanyak 70% dan 1998 direkodkan sebagai tahun paling panas di dunia sejak ia mula direkodkan pada 1850.

Ironinya, kesedaran global terhadap perjuangan membela alam sekitar telah bermula secara besar-besaran selepas Sidang Bangsa Bersatu di Stockholm pada tahun 1972, 10 tahun selepas Rachael Carson menulis Silent Spring, buku yang menginspirasikan pergerakan alam sekitar.

Sejarah perjuangan alam sekitar walau bagaimanapun telah bermula lebih awal dan antara yang dapat dikesan ialah pembukaan Taman Negara Hot Springs di Amerika Syarikat pada 1832 dengan tokoh-tokoh penting yang memainkan peranan ialah Henry David Thoreau, John Muir dan George Perkins Marsh.

sumer sini

KL SENTRAL 11.30am

we freeze for 3min 50 second





KLCC 12.30pm







MyCJNers joined us freeze for earth before the start of our flash dance.




4 comments:

Unknown said...

..salam kenal, faraulah..aktivist jugak nampak gayanya demo ni..and the warming of the planet is of great concern this days..negara besar saperti USofA tidak memain peranan sepatutnya..
..silakan untuk link..no problem there..nanti balik Bachok sila ke kedai isteri..pakmat belanja gunting rambut..:)
..jdbb..jaga diri baik baik..

faraulah said...

Pak Mat,

Terima kasih kerana sudi singgah di Blog Ambo yang dok seberapa ni....

xdok la aktivis sangat cuma itu sajer yang termampu kiter buat masa sekarang,

InsyaAllah,
Balik kampung raya haji nanti..kedai Isteri Pak Mat kat mana yer?

Unknown said...

salam faraulah..

sebelah Maybank..dan selamat hari raya haji..

Unknown said...

salam faraulah..lama tak update blog nih..:)