Saturday, June 6, 2009

Bachok - KL 16 hours!!!!!

Part 1

Tiru tajuk Teacher Sally..hehe..xper kan Teacher?
cerita semalam, bertolak dari rumah (Bachok) sekitar jam 9am. 2nd time perjalanan siang, biasanya suka bertolak selepas Isya' sampai kat laluan ke Bukit tujuh, masa ni kat Bukit satu Kot jalan dah start jam, masa ni jam 1.40pm kenderaan langsung tidak bergerak, pastu adalah hamba Allah yang berpatah balik mengatakan ada kemalangan lori kontena yang mengisi muatan kotak terbalik di Bukit 5 telah merentangi jalan sejak jam 5am, 

memandangkan kenderaan langsung tak bergerak dan ada yang telah berpatah balik, kami telah buat keputusan untuk berhenti di bahu jalan. untuk berpatah balik adalah mustahil sama sekali

kenderaan yang berpatah balik

Nasib baiklah ada sepohon pokok yang boleh dibuat tempat berteduh. Kebanyakan yang berhenti membawa anak kecil, kesian, panas terik dan tak selesa. 

tiada tempat untuk berteduh, terpaksa berteduh di bawah payung

jam 3++pm keadaan makin panas. Dapat khabar angin yang mengatakan bahawa lori telah dapat dialihkan, hanya kenderaan ringan saja dapat lalu..so, aku nekad untuk meredah jam, nasib baik kete kecik..first time potong Q, tak tahan berpanas kat sini

tiada tempat berteduh

3 comments:

aza ni said...

banyaknya kereta yang menghala ke arah yang sama.jem dua hala ke?

faraulah said...

En. Azani,

satu hala jer,

banyak kenderaan yang patah balik,
xsanggup menunggu.

aza ni said...

laa,ingatkan dua hala jam.