Tuesday, May 5, 2009

Selsema Babi

Influenza A(H1N1)

Apakah tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia?

 Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah. 

 

Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)? 

Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. 

 

Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang. 

 

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

 Elakkan penyebaran kuman selesema dengan mengambil langkah-langkah berikut: 

*     Jika anda batuk atau bersin: 

      *     Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

      *     Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

      *     Basuh tangan dengan sabun dan air bersih 

      *     Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan    alkohol juga boleh digunakan.

      *     Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

      *     Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

      *     Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A(H1N1).

 

Bagi maklumat lanjut, sila ke laman web Kementerian Kesihatan<http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=446>  atau www.moh.gov.my<http://www.moh.gov.my/>  atau hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel kecprc@moh.gov.my <mailto:cprc@moh.gov.my> .

Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan nasihat perjalanan (Travel Advisory) kepada rakyat Malaysia agar menangguh atau tidak melakukan lawatan antarabangsa keluar negara terutamanya ke negara yang sedang dilanda wabak sekiranya tidak perlu dan sekiranya keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Mereka-mereka yang baru balik dari luar negara terutama dari negara yang dikesan mempunyai kes Influenza A(H1N1) diminta untuk membuat pemeriksaan sendiri dan sekiranya menpunyai tanda-tanda demam, batuk atau tanda-tanda jangkitan salur pernafasan, mereka diminta mendapat rawatan segera dari klinik yang berdekatan.

2 comments:

AZANI said...

tq faraulah.info berguna

faraulah said...

En. Azani,
moga dapat dimanfaatkan bersama