Friday, May 8, 2009

Kehendak Tuhan vs Kehendak Manusia

Kehendak Tuhan Vs Kehendak Manusia

Fahamilah Kehendak Tuhan...

Petikan
Redhalah wahai hamba-Ku kerana percayalah di situ mesti ada kebaikan. Tidak pernah Aku lakukan sesuatu perkara itu sia sia atau Aku main-main dengan ciptaan-Ku melainkan setiap apa yang Aku lakukan ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran.

Kehendak manusia :
Aku ingin belajar rajin-rajin agar aku jadi orang yang pandai, nanti mudah untuk lulus periksa dan dapat degri. Orang tentu akan hormat padaku.

Kehendak Tuhan:
Walaupun rajin belajar, tak semestinya engkau lulus. Apakah engkau boleh jamin kalau engkau pandai, engkau tidak akan merosakkan dirimu? Engkau tak akan merosakkan masyarakat engkau? Mana tahu, kalau-kalau kerana engkau lebih pandai dari orang lain, engkau sombong dan menipu orang dengan kepandaian yang engkau miliki itu. Kalau begitu bukankankah lebih selamat engkau tidak jadi orang pandai.

Kehendak manusia:
Aku akan usaha sungguh-sungguh mencari kekayaan. Nanti aku dan keluargaku tidak hina dipandang masyarakat. Aku ingin berbakti kepada orang yang susah dan miskin. Aku akan membela pelajar-pelajar yang tak mampu melanjutkan pelajaran.

Kehendak Tuhan :
Tapi Aku tidak izinkan engkau menjadi kaya. Aku mahu engkau tetap hidup sederhana. Mana engkau boleh jamin engkau bermurah hati untuk mengeluarkan sedekah bila kaya nanti. Engkau susah mengawal nafsumu.
Aku lebih tahu membuat ukuran sejauh mana kekayaan yang mesti Aku berikan kepada engkau bahkan kalaupun rezeki yang Aku beri, tidak mencukupi, di situ ada didikan dan pengajaran yang mesti engkau pelajari. Tapi kalau kerana itu engkau, tidak sabar menerimanya, memang engkau tidak pandai bersyukur .

Kehendak manusia:
Aku ingin memiliki tubuh badan yang sihat supaya mudah aku beramal ibadah. Setiap waktu aku boleh berjemaah di masjid. Kalau murah rezeki pula aku akan membawa keluargaku menunaikan haji.

Kehendak Tuhan :
Walaupun engkau inginkan tubuh badan yang sihat, tapi Aku sengaja uji engkau dengan kesakitan. Apakah engkau rasa kalau tubuh badanmu sihat, engkau boleh buat ibadah? Tapi Aku lebih tahu, kalau tubuh badanmu sihat, engkau akan buat dosa, buat maksiat. Tapi kalau engkau sakit, barulah engkau beringat-ingat.

Kehendak manusia:
Wahai Tuhan, teringin benar kalau Engkau kurniakan kepadaku pangkat dan kuasa. Kalau aku memiliki kuasa, aku akan tolong rakyat jelata. Aku ingin jadi pemimpin yang memayungi rakyatnya dan berbakti kepada rakyat.

Kehendak Tuhan :
Engkau tidak diberi kuasa itu lebih baik bagimu daripada engkau mendapat kuasa. Apakah engkau boleh jamin berlaku adil dan tidak menyalahgunakan kuasa nanti? Berapa ramai pemimpin yang Aku dah pun beri peluang tapi tidak dapat menjalankan amanahnya sebagai pemimpin. Walaupun engkau sudah melobi rakyat supaya memilihmu, tapi Aku memang ingin menyelamatkan engkau dari terpedaya dengan pangkat dan jawatan. Walaupun engkau berasa sedih dan kesal dengan kegagalanmu itu, namun yakinlah di situlah jalan keselamatan bagi dirimu .

Kehendak manusia:
Tuhan, mengapa aku selalu ditimpa kesusahan demi kesusahan. Apakah engkau tergamak melihat aku dan keluargaku sentiasa menderita. Apa dosa aku hingga aku selalu ditimpa bala bencana. Mengapa tidak engkau halakan bala ini ke tempat lain. Kan Engkau Maha Berkuasa untuk melakukannya?

Kehendak Tuhan :
Memang Aku selalu timpakan kesusahan kepadamu kerana Aku suka mendengar rintihan hamba-hamba- Ku. Redhalah wahai hamba-Ku kerana percayalah di situ mesti ada kebaikan. Tidak pernah Aku lakukan sesuatu perkara itu sia-sia atau Aku main-main dengan ciptaan-Ku melainkan setiap apa yang Aku lakukan ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran. Bukankah Aku yang menciptamu. Aku Maha Mengetahui setiap apa yang Aku lakukan yang engkau tidak ketahui. Tetapi tidak semua hamba-hamba- Ku mengetahuinya kecuali hamba-hamba pilihan-Ku. 

dipanjangkan dari E-mail

1 comment:

AZANI said...

sekadar turunkan jejak sebagai bukti kehadiran di laman.

semoga kehendak mu di makbulkan Tuhan.Amin.
semoga kehendakmu yang di makbulkan itu bawa kebaikan buat mu.