Friday, April 3, 2009

TRANSFORMASI (PENGISLAHAN DIRI)

Saya menyeru diri saya sendiri,kawan-kawan, rakan taulan dan sahabat handai...


Mengislah diri ialah membaiki dan merubah diri daripada keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik.Ia merupakan agenda utama seorang muslim di mana Imam al Banna meletakkannya sebagai kerja/amal yang pertama yang mesti dilaksanakan oleh para amilin (pendakwah) Islam .

 

Pengislahan diri merangkumi dua gerak kerja utama yang mesti dilakukan serentak iaitu ;

 

1.Membersihkan diri daripada sifat-sifat negatif  (seperti kufur, fasik, zalim, malas, putus asa dan semua akhlak-akhlak mazmumah).

 

2.Menghiaskan diri dengan sifat-sifat positif (seperti iman , taat , takwa , berani , tawakal dan semua akhlak-akhlak mahmudah)

 

Apabila berlansungnya dua gerak kerja di atas maka akan terlaksanalah konsep pengislahan dan pentarbiyyahan yang selalu disebut oleh ulama' iaitu "التخلي و التحلي" (Penceraian/Perlucutan dan Pemakaian/Penghiasan) , mencerai dan melucutkan segala sifat keji dan buruk daripada diri dan kemudiannya memakai dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang terpuji dan indah.

 

Dalam ibarat yang lebih umum dapat kita nyatakan bahawa:

 

-Gerak kerja pertama bertujuan membersih unsur-unsur Jahiliyyah dan mencabut akar-umbinya daripada  diri.

 

-Gerak kerja kedua bertujuan memakaikan diri dengan pakaian Islam dan menghiasinya  dengan perhiasan Islam yang cantik dan indah.


p/s: betul2 kebal..... Madinah Al-Munawwarah

sumber sini

1 comment:

manlaksam said...

Terima kasih lah kerana beri tazkirah yang panjang lebar dan berguna nih.