Tuesday, April 21, 2009

EXAM MODE



Kepada semua adik-adik  di IPTA seluruh negara, selamat menghadapi peperiksaan

INGAT!!

Jangan sesekali meniru semasa exam,

save your dignity

orang yang meniru semasa exam ni rendah harga dirinya
dan kerendahan harga dirinya ini bakal memberikan implikasi yang pedih pada masa hadapan


AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971


(petikan)

Kelakuan semasa peperiksaan

8. Tiada pelajar boleh—

(a) mengambil apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar atau benda lain,
kecuali yang dibenarkan oleh pemeriksa, ke dalam atau ke luar dari
sesuatu bilik peperiksaan, atau menerima apa-apa buku, kertas, dokumen,
gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa di
dalam bilik peperiksaan, kecuali seseorang pelajar boleh, semasa dia
di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada pengawas peperiksaan
apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar atau benda lain yang telah
disyorkan oleh pemeriksa atau Lembaga Pemeriksa, dan diberi kuasa
oleh Rektor;

(b) menulis, atau telah menulis melalui orang lain, apa-apa maklumat
atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang
didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain
tubuh badannya, atau di atas pakaiannya;

(c) berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan
melalui apa-apa jua cara; atau

(d) menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang
boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu
peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan.

BAHAGIAN V
TATACARA TATATERTIB

Hukuman tatatertib

48. Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah
Kaedah-Kaedah ini dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan
mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai
yang berikut:
(a) amaran;
(b) denda tidak melebihi dua ratus ringgit;
(c) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu
Kolej Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
(d) digantung daripada menjadi seorang pelajar Kolej Universiti bagi
tempoh yang ditetapkan; atau
(e) dipecat daripada Kolej Universiti.

Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib

49. Jika didapati oleh pihak berkuasa tatatertib bahawa seseorang pelajar
telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini, pihak
berkuasa tatatertib hendaklah memberitahu pelajar itu tentang kesalahan tatatertib
yang dikatakan itu dan menghendaki pelajar itu hadir di hadapannya di suatu
bilik tatatertib pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
tatatertib.

Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib

50. Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib
mengikut kaedah 49, dia hendaklah dengan serta-merta digantung daripada
menjadi pelajar Kolej Universiti dan tidak boleh selepas itu berada di dalam
atau memasuki Kampus; penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga
pelajar itu menawarkan untuk hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib dan
pada hakikatnya, hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib pada tarikh dan
pada masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib selepas pelajar itu
menawarkan untuk hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib.
Penjelasan fakta dan pengambilan akuan

51. Dalam prosiding tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menjelaskan
kepada pelajar tentang fakta kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan
oleh pelajar dan meminta pelajar membuat pengakuan atas kesalahan itu.
Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya

52. (1) Jika pelajar itu mengaku salah, pihak berkuasa tatatertib hendaklah
menerangkan kepadanya fakta kes.

(2) Jika pelajar itu mengakui fakta kes dan pihak berkuasa tatatertib berpuas
hati bahawa suatu kesalahan pada hakikatnya telah dilakukan daripada fakta itu,
pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan dia bersalah atas kesalahan
tatatertib itu dan memintanya untuk mengemukakan apa-apa rayuan untuk
meringankan hukuman.

Tatacara apabila pelajar mengaku tidak bersalah

53. (1) Jika pelajar mengaku bahawa dia tidak bersalah atas kesalahan tatatertib
atau gagal atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengakui fakta kes,
pihak berkuasa tatatertib hendaklah memeriksa mana-mana saksi atau apa-apa
dokumen atau artikel lain bagi menyokong kes terhadap pelajar itu, pelajar itu
hendaklah diminta menyoal saksi itu dan memeriksa apa-apa dokumen atau
artikel itu dan pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa semula saksi.
(2) Bagi maksud subkaedah (1), saksi hendaklah dipanggil untuk memberikan
keterangan dalam pembicaraan oleh Rektor.
Keterangan pelajar

54. Selepas keterangan yang disebut dalam kaedah 53 diterima, dan pihak
berkuasa tatatertib mendapati bahawa ada suatu kes untuk dijawab, pelajar itu
hendaklah diminta memberikan keterangannya, memanggil mana-mana saksi
atau mengemukakan apa-apa dokumen atau artikel lain bagi pembelaannya;
pihak berkuasa tatatertib boleh menyoal pelajar itu atau mana-mana daripada
saksi pelajar itu dan memeriksa apa-apa dokumen atau artikel, dan pelajar itu
boleh memeriksa semula mana-mana saksinya itu.
Memanggil semula saksi

55. Pihak berkuasa tatatertib boleh menyoal atau memanggil semula manamana
saksi pada bila-bila masa sebelum pihak berkuasa itu mengumumkan
keputusannya.

Pengumuman keputusan

56. Selepas mendengar keterangan saksi dan memeriksa dokumen atau artikel
lain yang dikemukakan di hadapannya, pihak berkuasa tatatertib hendaklah
mengumumkan keputusannya dalam kes itu, dan jika pihak berkuasa tatatertib
itu memutuskan bahawa pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib itu, pihak
berkuasa tatatertib hendaklah meminta pelajar itu membuat apa-apa rayuan
untuk meringankan hukumannya.
Pengenaan hukuman

57. Selepas pelajar itu mengemukakan rayuan bagi meringankan hukumannya,
jika ada, di bawah kaedah 52 atau 56, mengikut mana-mana yang berkenaan,
pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajar itu satu daripada
hukuman yang dinyatakan dalam kaedah 48 atau mana-mana dua atau lebih
gabungan hukuman yang sesuai.

Jagaan dan pelupusan barang kes

58. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau
artikel lain yang dikemukakan di hadapannya dalam penjalanan mana-mana
prosiding tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan orang
sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib sementara menanti
tamatnya prosiding tatatertib itu.

(2) Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, apabila tamat prosiding tatatertib
di hadapannya, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya
patut untuk melupuskan apa-apa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan
di hadapannya dalam penjalanan prosiding tatatertib, dan boleh mengarahkan
supaya perintah itu mula berkuat kuasa sama ada secara serta-merta atau pada
suatu masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib itu.

(3) Kuasa pihak berkuasa tatatertib di bawah subkaedah (2) hendaklah termasuk
kuasa untuk memerintahkan pemusnahan apa-apa dokumen atau artikel lain
atau pelucuthakkan apa-apa dokumen atau artikel itu kepada Kolej Universiti.
Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib

59. Pihak berkuasa tatatertib hendaklah membuat atau menyebabkan supaya
dibuat nota bertulis mengenai semua prosiding tatatertib di hadapannya tetapi
nota itu tidak perlu dibuat kata demi kata.
Jagaan nota

60. Nota mengenai prosiding tatatertib hendaklah disimpan dalam jagaan Rektor.
Daftar prosiding tatatertib

61. Rektor hendaklah menyenggarakan suatu daftar bagi semua prosiding
tatatertib yang dijalankan di bawah Kaedah-Kaedah ini; daftar itu hendaklah
merekodkan nama pelajar, butir-butir kesalahan tatatertib, kemajuan penjalanan
prosiding, keputusan prosiding, dan apa-apa maklumat atau butir lain sebagaimana
yang diarahkan oleh Rektor.

Laporan prosiding kepada ibu bapa, Menteri, dll.
62. (1) Jika seseorang pelajar telah didapati bersalah atas suatu kesalahan
tatatertib, Rektor hendaklah menghantar suatu laporan berkenaan dengan prosiding
tatatertib itu kepada orang yang berikut:
(a) Menteri;
(b) ibu bapa atau penjaga pelajar;
(c) dalam hal pelajar pemegang biasiswa, kepada pihak berkuasa atau
badan penaja biasiswa atau pemberi biasiswa itu; dan
(d) dalam hal pelajar yang juga seorang pekerja kerajaan, kepada Ketua
Jabatan pekerja itu.

(2) Orang yang disebut dalam perenggan (b) hingga (d) subkaedah (1) hendaklah
atas permohonannya dibekalkan salinan terperaku nota prosiding tatatertib apabila
dibayar fi yang ditentukan oleh Rektor, yang fi itu tidak boleh, dalam apa-apa
hal, melebihi lima puluh ringgit.

(3) Suatu salinan terperaku nota prosiding tatatertib berkenaan dengan manamana
kes tertentu hendaklah dibekalkan oleh Rektor kepada Menteri jika Menteri
berkehendakkan nota prosiding itu.
Bayaran denda

63. (1) Jika pihak berkuasa tatatertib mengenakan hukuman denda ke atas
pelajar, pihak berkuasa tatatertib itu hendaklah menyatakan tempoh yang denda
itu hendaklah dibayar dan pelajar itu hendaklah membayar denda itu dalam
tempoh itu kepada Bendahari.
(2) Tempoh yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah tidak kurang daripada
empat belas hari dari tarikh keputusan pihak berkuasa tatatertib itu.
Tidak membayar denda

64. Jika pelajar tidak membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan, dia
hendaklah dengan serta-merta digantung daripada menjadi pelajar Kolej Universiti
dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki Kampus; penggantungan
itu hendaklah berterusan sehingga denda itu dibayar.
Perintah pampasan

65. (1) Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang
pelajar, pihak berkuasa tatatertib boleh, sebagai tambahan, memerintahkan pelajar
itu membayar apa-apa pampasan sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa
tatatertib itu berkenaan dengan apa-apa kerosakan pada mana-mana harta atau
apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang yang pelajar itu
mungkin didapati bersalah atasnya oleh pihak berkuasa tatatertib.

(2) Seseorang pelajar boleh diperintahkan supaya membayar pampasan di
bawah kaedah ini tidak kira sama ada harta yang rosak itu kepunyaan Kolej
Universiti atau mana-mana orang lain.

(3) Amaun pampasan yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib di
bawah subkaedah (1) hendaklah merupakan suatu amaun yang adil dan munasabah
dengan mengambil kira semua hal keadaan kes dan orang yang terlibat dalam
kes itu.

(4) Pampasan yang ditentukan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibayar
oleh pelajar kepada Bendahari dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
tatatertib.

(5) Peruntukan kaedah 61 hendaklah terpakai mutatis mutandis jika pelajar
gagal membayar pampasan yang ditentukan di bawah subkaedah (1) dalam
tempoh yang ditetapkan di bawah subkaedah (4).

(6) Bendahari hendaklah membayar pampasan yang dibayar oleh pelajar di
bawah subkaedah (4) kepada mana-mana orang yang disahkan oleh pihak berkuasa
tatatertib sebagai orang yang berhak menerima bayaran.

(7) Apa-apa pampasan yang kena dibayar atau yang dibayar di bawah Kaedah-
Kaedah ini hendaklah tanpa menjejaskan hak mana-mana orang untuk memulakan
prosiding sivil dalam mahkamah undang-undang bagi kerosakan atau pampasan
berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan yang disebut dalam
subkaedah (1), atau hak mana-mana orang untuk menerima apa-apa bayaran
atau pampasan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan
dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan itu.
Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib

66. Tiada seorang pun boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib kecuali—
(a) anggota pihak berkuasa tatatertib;
(b) pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil;
(c) ibubapa atau penjaga pelajar itu;
(d) saksi semasa dia memberi keterangan, atau apabila dikehendaki oleh
pihak berkuasa tatatertib; dan
(e) mana-mana orang lain yang dibenarkan hadir oleh pihak berkuasa
tatatertib bagi apa-apa sebab yang tertentu.

BAHAGIAN VI

RAYUAN

Notis rayuan

67. (1) Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan suatu pihak
berkuasa tatatertib, dia boleh memberikan notis rayuan secara bertulis terhadap
keputusan itu kepada Rektor dalam dua salinan dalam masa tiga puluh hari dari
tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya.
(2) Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan rayuan.
Penyampaian rayuan kepada Menteri

68. Rektor hendaklah, apabila menerima notis rayuan, mengemukakan notis
rayuan itu kepada Menteri bersama dengan suatu salinan nota prosiding tatatertib
yang berkenaan dengannya notis rayuan itu diberikan dan alasan keputusan.

Tindakan Menteri ke atas rayuan

69. (1) Menteri boleh, apabila menerima dokumen yang disebut dalam kaedah
68 daripada Rektor, meminta apa-apa maklumat atau butir lanjut berhubung
dengan prosiding tatatertib itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
(2) Jika Menteri menolak terus rayuan di bawah subseksyen 16B(4) Akta,
keputusan Menteri hendaklah disampaikan kepada pelajar melalui Rektor.
(3) Jika Menteri melantik suatu jawatankuasa di bawah subseksyen 16B(5)
Akta untuk menimbangkan rayuan itu, keputusan Menteri mengenai rayuan itu
yang dibuat selepas menerima syor jawatankuasa hendaklah disampaikan kepada
pelajar melalui Rektor.

Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman

70. Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak boleh berkuat kuasa sebagai
penggantungan pelaksanaan hukuman yang dikenakan atau sebagai penggantungan
pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan dibayar, melainkan jika
Rektor atau Menteri mengarahkan selainnya.

BAHAGIAN VII

AM
Kesalahan tatatertib
71. Seseorang pelajar yang melanggar mana-mana kaedah-kaedah ini, atau
mana-mana garis panduan, petunjuk, arahan, sekatan, syarat atau terma yang
dikenakan atau diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini, melakukan suatu kesalahan
tatatertib.

No comments: