Monday, April 13, 2009

Bau Badan

ARRGGGHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!

I NEED OXYGEN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MR. HADI, PLEASE READ THIS!

Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan samada untuk mengurangkan atau menghilangkan bau badan;

1.Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

2.Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.
Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

3.Kupas sebiji timun muda dan dibasuh bersih. Gosokkan di bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukannya sebaik sahaja selepas mandi dan sekerap mungkin.

4.Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

5.Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

6.Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

7.Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

8.Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.

p/s: ..macamana nak bagitau seseorang pasal ni tanpa menyinggung hati dan perasaan nyer...tak tahan wei bau 3x ganda dari mat bangla...feninlaaaa

8 comments:

aza ni said...

maaf cakap, mungkin salah dengar, tapi bukan ke bau feremone lelaki mengujakan wanita?

aza ni said...

kalau dah bagi petua tak jalan jugak you beli gas mask.

faraulah said...

En. Azani,

Dah tak mengujakan,
tapi meloyakan....

gas mask?
good idea..haha

Eisha said...

cik faraulah..die tak paham BM...sila translate yek...huahuahua

faraulah said...

Cik Eisha,

Petua in english aper yer???
Daun sireh???

kena tanya orang biotech neh..
huhu..

wawa pucca said...

biotech belajar daun sireh ek

ehehhee

daun sireh pon tak kenal



cara:
tulis note kat dia

Mohd Naim said...

hadi tu siapa ??

share duit hadiahkan perfume...tak pun beli automatic air fresher spray tu..gantung dekat2 dgn dier...hehehe

faraulah said...

cik wawa,

silap bidang ker?


En Naim,

hehe...PhD Student...
new member lab Eisya...

perfume pun tak jalan neh
spesis padang pasir..hahaha