Thursday, November 6, 2008

Yoga vs Solat




Ini satu komen pembaca yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua penyelidik solat.


Solat: 'Yoga' umat Islam
SAYA ingin mengulas dan berkongsi pandangan mengenai amalan yoga yang diperkatakan baru-baru ini.

Saya bersetuju perkara ini dikaji sedalam- dalamnya sekiranya ia berkaitan dengan akidah dan kepercayaan umat Islam khususnya.

Dan saya amat kagum dengan ulama dan mufti yang peka dengan hal ini. Bukannya teguran ini dikeluarkan untuk menolak yoga 100 peratus tetapi jika ia penting untuk kita sebagai umat Islam mengkaji apa-apa yang tersisih daripada yang hak, maka dengar serta fikirkanlah secara rasional dan berdasarkan syariat.

Baru-baru ini kajian Universiti Malaya (UM) mengenai solat amatlah mengagumkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua pengkaji UM. Solat dikaji secara saintifik dan terbukti ia membawa kebaikan kepada fizikal dan mental.

Jadi mengapa perlu yoga, jika kita solat lima waktu sehari semalam dan tambahan solat-solat sunat yang lainnya? Dengan syarat pergerakan solat dilakukan dengan betul (rukuk dan sujud dengan sempurna).

Pergerakan solat itu sendiri adalah senaman dan bacaan solat itu sendiri adalah 'ubat penenang minda'. Jadi jangan takut untuk bersenam...dan mulakanlah senaman anda hari ini.

Cuma, terpulang pada diri sendiri jenis senaman bagaimana yang berkenan di hati.

Rakyat sihat negara cemerlang.

SITI

Senawang, Negeri Sembilan




http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

No comments: