Tuesday, November 11, 2008

Pasar Malam

Nasi Kerabu masih belum kedapatan..huhuhu
len yang di carik, len yang jumpa, malam ni pasar malam kat SS17, 

ni lah benda yg kami jumpa

tadaaa.....




artikel ini dipetik dari fotopages http://raykinzoku.fotopages.com/?&page=2

Musim Durian tiba lagi .... 

... dan sekali lagi, pinggir jalan-jalan utama di seluruh Kelantan akan dibarisi kelibat penduduk kampung sekitar, duduk tercongok di atas bangku, di atas pangkin, di bawah sekerat teduhan, sambil memperagakan durian kebanggaan - hasil dari dusun atau belakang rumah masing-masing. 

Durian telah sekian lama dihargai oleh rata-rata penghuni Kepulauan Melayu, bak kata sesetengah orang Kelantan, semenjak zaman Jakpaa Tonggek lagi ! 

( Usah ditanya siapa itu Jakpaa Tonggek ! Aku pun tak kenal ... ) 

Betapa masyhurnya durian di Kepulauan Melayu, perihal kewujudannya telah tersebar hingga ke Eropah seawal 600 tahun dahulu, menerusi 
Niccolò de' Conti, seorang saudagar kelahiran Venice, yang bertandang ke Asia Tenggara pada abad ke 15 ( sebelum kedatangan Portugis ke Melaka ). Beliau dilaporkan sebagai orang Eropah yang pertama yang membawa khabar kewujudan si Raja Buah ke benua Eropah. Semenjak itu, durian terus menjadi topik kajian dan penulisan bangsa Eropah, dengan interpretasi berkenaan rasanya yang pelbagai, yang berterusan dibahas sehingga sekarang. 

Aku teringat akan satu catitan oleh W.A. Graham, seorang pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Kelantan antara 1903 ~ 1910, yang menghuraikan tentang durian dan juga sikap masyarakat setempat terhadap durian ketika itu. 

Dengan huraian yang agak menarik, Graham menjelaskan dalam bukunya, " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " ( 1908 ), sebagaimana dipetik : 








 * "Kelantan : A State of The Malay Peninsula " ( 1908 ), James Maclehose & Sons,
Glasgow, Scotland - mukasurat 79, 80, 81, Chapter XII Agriculture.


Kata Graham,

" The eating of the durian is a serious business ".

Betapa serius, selain apa yang dihuraikan oleh Graham, masyarakat Kelantan telah maju setapak ke hadapan dengan membawa seni menikmati durian ke peringkat yang berbeza, berbanding masyarakat Melayu lain.

Di Kelantan, durian juga dianggap sebagai salah satu penyeri, pelengkap dan gandingan ideal kepada .... budu !

Durian segar, sama ada telah dibuang biji atau belum, akan dibubuh ke dalam mangkuk berisi budu bersama-sama perahan limau nipis ( yang terbaik pastinya Asae Limaa Kerghak Laettae ) dan Lado Chengik ( Cili Padi ) yang dilenyek dengan kejamnya, dan seterusnya diratah begitu sahaja atau bersama nasi. Peminatnya dikatakan tidak sedikit dan kamu mungkin salah seorang !

Pic makan durian kat tepi pasar malam ss17 ngan naim n fazah akan diupload later k.. adios...makcik da nak balik...

No comments: